fbpx
Now Reading
“First Time Suka Tengok Orang Jahat” – Peminat Puji Lakonan Fify Azmi Dalam Ryan Aralyn

“First Time Suka Tengok Orang Jahat” – Peminat Puji Lakonan Fify Azmi Dalam Ryan Aralyn

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang mengikuti drama Slot Akasia, Ryan Aralyn pasti tahu yang drama rantaian yang dibintangi beberapa nama besar ini sudah hampir tiba ke penghujungnya, dengan hanya tinggal lagi beberapa episod.

Namun pelbagai scene besar sudahpun berlaku antaranya Aralyn (Raysha Rizrose) yang sudahpun sembuh, Ryan (Zul Ariffin) yang berjaya menyelamatkan Aralyn yang menjadi tebusan Ali( Kodi Rasheed) dan kematian Hanis (Fify Azmi), yang mati di tembak sewaktu menjadi tawanan Antagonis utama drama tersebut iaitu Taukey.

Namun siapa sangka, kematian Hanis dalam episod tersebut meninggalkan impak yang kuat untuk peminat cerita berkenaan

Jika sebelum ini watak lakonan Fify itu membuatkan dia begitu di benci oleh orang ramai namun pengakhiran wataknya yang sempat berubah membuatkan suasana tersebut berubah .

Menerusi satu perkongsian di instagramnya Fify telah berkongsi sedutan dari drama tersebut sewaktu dia ditembak oleh Taukey.

Babak tersebut nyata mendapat perhatian ramai, dimana rata-rata bersedih baik perempuan mahupun lelaki diatas kematian Hanis meskipun masih ada segelintir yang merasakan itu adalah hukuman terbaik untuknya .

Namun yang mencuri tumpuan adalah pujian netizen yang merasakan lakonanya didalam drama tersebut benar-benar menghidupan watak Anis.

“First time sye tgok drama nangis” tulis seorang pengikut

“Gud acting sis. Keep it up.. Always support u” – tulis seorang lagi peminatnya

“Syabas lakonn terbaik. Sedih character anis ” kata seorang lagi peminat.

“First time suka tengok orang jahat” tulis seorang lagi peminat.

Malah kami sendiri merasakan lakonannya juga wajar dipuji kerana dia berjaya menghidupkan watak Hanis didalam drama tersebut sehingga berjaya menyentuh emosi peminat cerita tersebut.

Buat Fify Azmi, syabas kami ucapapkan , buat produksi Ryan Aralyn dan pengarahnya Riza Baharudin tahniah juga kami ucapkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.