fbpx

Dari Graduan Perniagaan Kepada Aktres, Dayang Areeda Kongsi Kisah Lompat Ke Bidang Lakonan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tidak kenal akan pelakon yang memiliki senyuman yang menawan dan bentuk wajah yang cantik ini, tidak lain tidak iaitu Dayang Areeda atau nama sebenar Dayang Areeda binti Datu Abdul Razak. yang berasal dari Kuala Lumpur ini menceritakan pengalamannya sepanjang bergelar anak seni.

Anak kelahiran Kuala Lumpur yang dibesarkan di Sabah itu baru-baru ini telah dijemput menjadi tetamu dalam sebuah rancangan temubual santai, Podcast Malam Jumaat yang dihoskan oleh Fify Azmi dan Hydar Hasnudin.

Yang menariknya sewaktu ditemu bual Dayang telah berkongsi satu kisah menarik bagaimana dia yang merupakan graduan bidang perniagaan akhirnya terjun ke bidang lakonan .

Kredit: Instagram/ @dayangareeda

Mengimbau kenangan tersebut Dayang memaklumkan dia pada waktu itu baru sahaja tamat pengajiannya. Dia kemudian menghantar resume di beberapa tempat memohon sebarang posisi kosong di dalam marketing department.

Nasibnya baik apabila dipangggil untuk menghadiri temuduga bersama syarikat produksi terkenal, MIG.

Namun sewaktu hari temuduga, situasi berubahg apabila seseorang yang bertanggungjawab merekrut tenaga pekerja merasakan gadis cantik ini lebih sesuai untuk menjadi seorang pelakon.

“Awak ni kan, akak tengok boleh jadi pelakon. Awak nak jadi pelakon tak?”

Bak kata pepatah, rezeki tak pernah salah alamat. Dari menunggu peluang diserap sebagai pekerja dalam bidang pemasaran Dayang bagaimanapun ditawarkan menjadi talent mereka.

Enggan menunggu lama, dia kemudiannya terus menandatangani kontrak bersama syarikat tersebut selama 5 tahun ketika berumur 21 tahun.

Kredit: Instagram/ @dayangareeda

Dari situ dia mula menempa nama dalam industri hiburam sehinggalah berjaya tercalon sebagai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017 bagi kategori artis baru wanita popular.

Meskipun tidak memenangi anugerah tersabut, namun Dayang merasakan tersenarai sebagai finalis sudah cukup membanggakan.

Dalam pada itu apabila berbicara tentang kareer, Dayang sentiasa memastikan namanya naik disebabkan bakat dan bukannya disebabkan sebarang kontroversi.

Pejam celik, kariernya sebagai seorang anak seni telah memasuki hampir 5 tahun dalam bidang lakonan sejak dia mula menceburi industri hiburan tanah air.

Kredit: Instagram/ @dayangareeda

Tambahnya lagi dia baru sahaja selesai merakamkan sebuah telemovie, 3 Dukun Santet yang mengandingkan dirinya dengan barisan-barisan pelakon yang hebat seperti Datin Umie Aida, Datin Maria Farida dan lain lagi.

Jom tengok Podcast Malam Jumaat di saluran Youtube, Onzz untuk menyaksikan temubual santai bersama Dayang Areeda. Jangan terlepas cerita best dari dia tau!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.