Now Reading
Berketrampilan & Profesional, ‘Comeback’ Azwan Ali Sebagai Pengacara Dapat Pujian Ramai

Berketrampilan & Profesional, ‘Comeback’ Azwan Ali Sebagai Pengacara Dapat Pujian Ramai

Siapa yang tidak kenal dengan pengacara Azwan Ali, antara pengacara lagenda yang sebaris dengan Datuk Aznil Haji Nawami yang begitu versatil dan bersahaja.

Namun siapa sangka selepas hampir 10 tahun menyepi, terbukti Azwan Ali yang turut dikenali dengan panggilan Diva AA masih lagi memiliki aura dan gaya dalam pengacaraan apabila tampil mengacara rancangan realiti program Lagu Cinta Kita 2 bersama Elly Mazlein.

Dia bukan sahaja dilihat berketrampilan dan profesional sewaktu bergandingan bersama Elly Mazlein malah keserasian mereka berdua melengkapkan program berkenaan.

Namun yang lebih menarik perhatian orang ramai adalah penampilan Azwan  yang lengkap mengenakan sut dan dandanan rambut yang begitu bergaya.

Ini jelas begitu berbeza dari imej Azwan di media sosial yang sering dilihat berselendang dan topi yang menutupi kepalanya

Dijengah ke ruangan komen, kemunculan semula Azwan Ali benar-benar mendapat respon positif dari peminat dan orang ramai. Rata-rata mereka memuji pengacara yang penuh kontroversi ini dan turut berharap agar dia terus kekal di pentas pengacaraan.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.