fbpx
Now Reading
“Kenal Kau Pun Tidak” – Syafie Naswip Buat Laporan Polis Selepas Terima DM Ugutan

“Kenal Kau Pun Tidak” – Syafie Naswip Buat Laporan Polis Selepas Terima DM Ugutan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Syafie Naswip semalam menjadi topik hangat netizen apabila dia mendedahkan menerima ugutan menerusi DM di laman instagramnya.

Dia yang berkongsi perkara berkenaan di Instagram turut memuat naik screenshot perbualan tersebut


“Motif? Hahaha. Kenal kau pun tidak. Makin hari manusia semakin menakutkan,” tulisnya sebagai kapsyen.

Jelas menerusi perkongsian tersebut individu berkenaan mengugut mahu menggunakan bomoh untuk mengganggunya malah sanggup menggunakan ara lain sekiraya ‘langkah’ tersebut tidak menjadi.

“Kau tunggu bila-bila masa aku akan upah bomoh kau, aku rela habis duit untuk santau kau.

“Aku nak pesan kat kau kalau tak boleh cara bomoh aku buat cara lain okeyy, bye,” tulis pengguna Instagram palsu tersebut.

Buat laporan selepas satu terima satu lagi DM hina ibunya

Menerusi laporan Gempak, Syafie yang mulanya hanya menganggap perkara berkenaan satu perkara biasa bagaimanapun nekad membuat laporan polis selepas dia menerima satu lagi DM yang turut menghina ibunya

“Yang pertama tu saya tak ambil serius sangat. Saya anggap ada segelintir manusia ni yang memang tak ada kerja, tapi bila dah buat hinaan terhadap ibu saya, itu sudah melampau. Saya tak akan biarkan sesiapa mengganggu keluarga saya.

“Undang-undang Allah ada, tapi kita ikut jugalah undang-undang negara. Sebab itu saya buat keputusan untuk membuat laporan polis,” kata Syafie kepada Astro Gempak .

Akaun palsu guna gambar instafamous

Syafie yang membuat laporan polis di Balai Polis Nilai turut memaklumkan akan berkenaan adalah akaun palsu yang menggunakan foto dan video milik seornang instafamous yang menggunakan nama Tokwann_

“Instafamous tersebut ada menghubungi adik saya dan memberitahu bahawa gambar-gambarnya digunakan oleh akaun palsu tersebut. Dia bersumpah bahawa bukan dia yang menghantar mesej tersebut kepada saya.

“Pada masa yang sama dia juga telah membuat laporan polis mengenai hal tersebut setelah melihatnya di Instagram saya,” kata Syafie lagi kepada Gempak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.