fbpx
Now Reading
Peminat Lancar Petisyen Mahu Johnny Depp Dikekalkan Atau Fantastic Beast Di Boikot

Peminat Lancar Petisyen Mahu Johnny Depp Dikekalkan Atau Fantastic Beast Di Boikot

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin peminat filem Hollywood sudahpun mengetahui tentang pengunduran Johnny Depp dari Filem Fantastic Beast selepas.

Semua itu terpaksa dilakukan Depp yang akur selepas penerbit Warner Bros tidak lagi mahukannya didalam francais yang terinspirasi dari buku JK Rowling tersebut susulan kekalahannya dalam kes saman terhadap tabloid British mengenai dakwaan kekerasan terhadap bekas isterinya, Amber Heard pada minggu lalu.

“Saya telah diminta oleh Warner Bros untuk meninggalkan produksi ini dan saya menghormati permintaan mereka,” jelas Depp dalam satu kenyataan.

Meskipun Depp dilihat akur dan sudahpun membuat keputusan mengundurkan diri, berita tersebut jelas tidak dapat diterima oleh ramai peminatnya.

Seorang dari mereka kemudiannya membuat petisyen yang mendesak agar peranan aktor tersebut sebagai Gellert Grindelwald dikekalkan.

Menerusi petisyen berkenaan, merasa merasakan pihak produksi tidak adil terhadap Depp apatah lagi ianya hanya kerana keputusan kes mahkamah yang tidak menyebelahi aktor tersebut

Malah menerusi petisyen sama, sekiranya gagal berbuat demikian mereka memberi amaran akan memboikot naskah tersebut.

Petisyen itu setakat ini sudahpun mengumpul hampir 170,000 tandatangan dan dilihat sentiasa meningkat.

Namun permintaan ini dilihat sukar apatah lagi ada ura-ura mengatakan Waner Bros sudapun menemui penggganti Depp iatu aktor kelahiran Denmark, Mad Mikkelsen yang sebelum ini pernah membintangi filem Dr Strange sebagai Kaecilius dan Rogue One: A Starwars Story sebagai Galen Erso

Terdahulu portal Hollywood Report melaporkan ada sumber yang menyatakan aktor berkenaan akan tetap menerima gaji penuh nya dari Warner Bros semua itu sudah tertulis didalam penjanjian antara kedua dua pihak.

“Kontrak berkenaan dipanggil  pay-or-play dan perjanjian itu memang satu perkara biasa untuk golongan aktor kelas A seperti Depp,” menurut sumber tersebut berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.