fbpx
Now Reading
Saharul Ridzwan Akui Kerap Berderau Darah Sejak Bergelar Bapa

Saharul Ridzwan Akui Kerap Berderau Darah Sejak Bergelar Bapa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga akan melalui pengalaman yang berbeza-beza, begitu juga dengan pasangan yang sudah bergelar ibu bapa pastinya naluri keibubapaan akan datang dengan sendirinya.

Itulah perasaan yang dirasai oleh pelakon tanah air, Saharul Ridzwan yang akui kerap berderau darah sejak bergelar bapa kepada dua orang anaknya.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Saharul itu sendiri di laman Instagramnya, dia juga turut menceritakan pengalamannya ‘berderau darah’ yang ditulis di ruangan kapsyen miliknya itu.

Kredit: Instagram/ Saharul Ridzwan

“Dulu selalu dengar je perkataan ni. Skrg dah ada anak, selalu sangat rasa “Berderau darah” tu datang. Allahuakbar. Anak ni, walaupun benda kecik yang jadi, darah naik tu rasa macam dekat kepala dah. Risau kita, Subhanallah. Tak tahulah macammana nak cakap. Macam tu lah umi dan abah risau waktu sy accident dulu,” tulisnya.

Sudah menjadi lumrah manusia jikalau bergelar ibu bapa pastinya memikul satu tanggungjawab yang besar kepada mereka. Tak heran jika mereka sendiri berasa risau akan keselamatan anak-anak mereka. Betul tak?

Tambahnya lagi, apalah dayanya untuk elakkan jika sesuatu itu berlaku tanpa perancang-Nya. Malah, Saharul yang juga berharap agar orang-orang yang kita sayangi dalam perlindungan Allah SWT.

“Tiada daya upaya kita sebagai hamba Allah utk pastikan sesuatu tidak berlaku walaumacammana cuba sekalipun melainkan dengan izin Allah SWT. Semoga Allah terus melindungi orang orang yang kita sayang.

“Hasbunallah Wa Ni’mal Wakiil. Amin Ya Rabb,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Kredit: Instagram/ Saharul Ridzwan

Itulah pengorbanan kasih dan sayang seorang bapa kepada keluarga tercinta. Seteruk apa pun pekerjaan yang dilakukannya akan dilakukan demi isteri dan anak-anaknya. Kadang ayah tidak tunjuk penatnya depan keluarga asalkan keluarganya selesa dan gembira sudah cukup bahagia hati yang bergelar ketua keluarga.

Terdahulu, Saharul Ridzwan telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tercintanya, Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016 dan hasil perkahwinan mereka selama 4 tahun itu telah dikurniakan seramai 2 orang cahaya mata.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.