fbpx
Now Reading
Busana ‘Muslimah Barbie Doll’ Wany Hasrita Di ABPBH 33 Raih Perhatian Ramai

Busana ‘Muslimah Barbie Doll’ Wany Hasrita Di ABPBH 33 Raih Perhatian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah diucapkan buat penyanyi Wany Hasrita yang memenangi Anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH33 pada Jumaat yang lalu.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Wany itu sendiri, dia mendedahkan pereka yang mereka gaunnya pada majlis anugerah tersebut di laman Instagram miliknya itu.

Kredit: Instagram/ @wanyhasrita

“Fakta menarik:@wan_and_mary menggunakan kira-kira 100 meter kain untuk menyiapkan skirt ini,” tulisnya di ruangan kapsyen sambil berkongsikan 2 keping foto di laman Instagramnya itu.

Pereka fesyen iaitu @wan_and_mary merupakan orang yang bertanggungjawab mereka busananya pada malam tersebut. Kedua-dua pereka ini menggunakan kain berwarna unggu sepanjang 100 meter itu untuk menghasilkan skirt yang terlihat cantik itu.

Kredit: Instagram/ @wanyhasrita

Wany yang juga memuat naik sekeping foto yang mempamerkan dirinya bersama pereka fesyennya dan juga juru makeup serta wardrobe stylishnya yang mengayakannya pada malam tersebut.

Selain itu, menerusi laman Instagram pereka fesyen memaklumkan bahawa gaun tersebut bertemakan ‘Sweet Muslimah Barbie Doll’ yang digayakan oleh Wany Hasrita pada malam anugerah itu.

Kredit: Instagram/ @wan_and_mary

“Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH33 @wanyhasrita di dalam persalinan customade pastel pink dan purple by @wan_and_mary bertemakan Sweet Muslimah Barbie Doll,” tulisnya.

Tak cukup dengan hanya memenangi anugerah pada malam itu, rata-rata ramai yang memberikan pujian terhadap busana yang digayakan oleh penyanyi itu dan merasakan gaun tersebut membuatkan si pemakai terlihat sangat manis dan sopan ketika mengayakannya.

Kredit: Instagram/ @wanyhasrita
Kredit: Instagram/ @wanyhasrita

Terdahulu, Wany Hasrita mula dikenali dengan lagu single pertamanya iaitu Menahan Rindu pada tahun 2016.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.