fbpx
Now Reading
Hanya 5 Hari, 4 Dara 2020 Cecah 2.5 Juta Tontonan & No 1 Paling Trending [Muzik Video]

Hanya 5 Hari, 4 Dara 2020 Cecah 2.5 Juta Tontonan & No 1 Paling Trending [Muzik Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar bulan lalu, lagu 4 Dara menjadi siulan ramai selepas kembali dinyanyikan oleh penyanyi dan pelakon Elly Mazlein menerusi drama Kampung People 2.

Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom kemudiannya membuat satu cabaran #4DaraChallenge di laman Instagram yang telah mendapat sambutan yang luar biasa baik dari rakan selebriti mahupun netizen.

Penyanyi lagenda Faizal Tahir kemudiannya membuat ‘kerja gila’ dengan mengajak Kak Lina dan Zizi untuk berkolaborasi menghasilkan remake bagi lagu berkenaan dan hasilnya terciptalah 4 Dara 2020.

Siapa sangka sebaik dimuat naik di laman Youtube ianya terus menjadi video 1 paling trending sehingga mendapat perhatian ramai.

5 hari di laman Youtube lagu berkenaan sudahpun meraih 2.5 juta tontonan satu angka yang boleh dikatakan memberangsangkan untuk industri hiburan tempatan.

Lagu ciptaan asal  Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh yang diberi nafas baru itu ternyata membuatkan orang ramai terhibur malah ramai menyifatkan kombinasi melodi serta liriknya begitu unik.

Kejayaan mereka bertiga terutamanya FT sebagai produser ekaligus mengangkat kembali karya-karya lama dalam versi yang lebih moden. namun santai dan menghiburkan

Tonton muzik video tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.