fbpx
Now Reading
Di Kompaun RM1,000 Kerana Tanggal Mask, Mustaqim Bahadon Akui Kesilapan

Di Kompaun RM1,000 Kerana Tanggal Mask, Mustaqim Bahadon Akui Kesilapan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat menghisap rokok elektronik (vape) di depan kedainya pelakon Mustaqim Bahadon dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana menanggalkan pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Walau bagaimanapun, pelakon yang berusia 35 tahun ini mengaku kesilapannya kerana melanggar peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Kredit: Instagram/@mustaqimbahadon

“Saya mengaku salah saya. Anda semua, jaga SOP (Prosedur Operasi Standard). Jangan ambik mudah!

“Walaupun anda berseorangan, anda wajib pakai mask walaupun di kawasan kedai anda sendiri. Jangan jadi macam saya dan saya silap sebab tanggalkan mask sekejap. Marahlah saya,” katanya.

Kredit: Instagram/@mustaqimbahadon

Menerusi postingan yang dikongsikan oleh Mustaqim di laman Instagramnya itu, rata-rata ramai yang memberikan komen yang positif di ruangan komennya. Pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini juga berharap agar orang ramai selepas ini lebih berhati-hati dan sentiasa memakai pelitup muka walau dimana jua mereka berada.

Jadi, sentiasalah beringat sebelum keluar pastikan korang memakai pelitup muka dengan betul dan sentiasalah membasuh tangan anda atau memakai hand sanitizer ketika berada di luar rumah. Ingat kalau tak mahu kena kompaun RM1,000!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.