fbpx
Now Reading
Hans Isaac Buat Permohonan Maaf Pada Eizlan Yusof

Hans Isaac Buat Permohonan Maaf Pada Eizlan Yusof

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Eizlan Yusof berhubung dakwaan menyebarkan kenyataan mengelirukan dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PPFM) pada 16 November lalu.

Menurut Hans yang juga bekas Pengerus Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu dia sudahpun menyedari kesilapan dalam mesej yang dihantar dan ingin membuat pembetulan dengan segera namun dimaklumkan pihak Eizlan telah menghantar surat peguam. 

“Untuk makluman, saya menghantar satu mesej dalam kumpulan WhatsApp PFM. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada tiga syarikat yang dipilih untuk menerima Dana Kandungan Digital 2020 daripada FINAS.

“Ini termasuklah syarikat Excellent Pictures Sdn Bhd. Bagaimanapun, saya mengakui membuat kesilapan dengan mengaitkan Eizlan dan Excellent Pictures.

“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas kekhilafan saya,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, petang ini.

Tambah Hans, dia juga sudah menghubungi Eizlan yang juga Ahli Lembaga Pengarah FINAS melalui peguam caranya untuk mengeluarkan kenyataan pembetulan berhubung kesilapan itu.

“Saya telah menghubungi Dato’ Seri Eizlan Yusof melalui peguamcara saya untuk mengeluarkan kenyataan pembetulan berhubung dengan kesilapan ini,” jelasnya menerusi satu kenyataan petang ini.

“Sebaik sahaja saya menyedari kesilapan ini, saya nak mohon maaf. Tetapi, belum sempat berbuat demikian, saya dimaklumkan Eizlan sudah menghantar surat peguam kepada saya,” katanya.

Terdahulu Eizlan meluahkan rasa kecewa apabila Hans mengeluarkan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah dan mencalarkan reputasinya justeru dia bercadang mengambil tindakan guaman terhadap bekas pengerusi Finas itu.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.