fbpx
Now Reading
Impian Ayda Jebat Belikan Ibu Rumah Sebelum Kahwin Tercapai Jua

Impian Ayda Jebat Belikan Ibu Rumah Sebelum Kahwin Tercapai Jua

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsikan momen-momen indah bersama keluarganya di laman Instagram beserta kapsyen yang menyentuh hati ramai orang.

Menerusi perkongsiannya itu, Ayda memaklumkan pernah menyimpan hasrat mahu menghadiahkan ibunya sebuah rumah sebelum berkahwin. Dia juga ada memberitahu kepada tunangnya, Nabil Mahir akan impiannya itu sebelum mereka mendirikan rumah tangga tak lama lagi.

Kredit: Instagram/@aydajebat

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulilah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.

“Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya & adik-adik. I love you. I will always takecare of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever,” tulisnya.

Malah, penyanyi lagu Pinjamkan Hatiku ini terlihat tak dapat menahan air matanya daripada terus mengalir oleh kerana impiannya selama ini untuk membahagiakan ibunya akhirnya tercapai.

Kredit: Instagram/@aydajebat

Selain itu, Ayda juga turut mendoakan orang ramai dapat membahagiakan ibu bapa mereka meskipun bukan dengan harta benda.

“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Tambah lagi, perkongsian tersebut turut menarik perhatian rakan-rakan selebriti dengan mengucapkan tahniah kepadanya menerusi ruangan komen di laman Instagram Ayda sendiri.

Semoga rezeki Ayda selepas ini mencurah-curah walau dimana jua Ayda berada. Amin!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.