fbpx
Now Reading
Cik B Upload Foto Aniq Suhair Di Insta Story Bikin Ramai Cemburu

Cik B Upload Foto Aniq Suhair Di Insta Story Bikin Ramai Cemburu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak sangka anak kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Cik B dikatakan mengupload gambar seorang jejaka hensem yang merupakan pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta, Aniq Suhair di Insta Story miliknya.

Rata-rata perkongsian tersebut membuatkan ramai yang cemburu kerana kapsyen yang digunakan olehnya sangat sweet hingga bikin ramai yang tak keruan dibuatnya.

Kredit: Instagram/@cikb_havoc66

Selain itu, Cik B juga turut memuat naik satu postingan di laman Twitternya yang mengatakan kini dia sudah berpunya sambil tag nama pelakon tersebut.

Disebabkan hal itu, ramai netizen yang terkejut selain ada yang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Tak cukup dengan itu, ada juga yang mengatakan berkemungkinan mereka sedang mempromosikan drama tersebut yang sedang ditayangkan di TV3.

Kredit: Twitter/@HavocCikb
Kredit: Twitter/@HavocCikb

Kalau ikut drama Lelaki Lingkungan Cinta, watak yang dimainkan oleh Aniq itu dikatakan memendam perasaan terhadap Cik B. Tapi apa salahnya sekiranya perasaan itu benar-benar wujud kan?

Apa-apa pun, tahniah Cik B dan Aniq Suhair kerana berjaya membawa watak yang dimainkan itu terasa benar-benar berlaku di dunia realiti. Semoga drama Lelaki Lingkungan Cinta hits untuk tahun 2020.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.