fbpx
Now Reading
Dapat 2 Beg Guni Berisi Surat, Saiful Apek Kongsikan Pengalaman Bergelar Seorang Pelawak

Dapat 2 Beg Guni Berisi Surat, Saiful Apek Kongsikan Pengalaman Bergelar Seorang Pelawak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka pelawak lagenda Malaysia, Saiful Apek ini pernah diberikan surat berunsur kecaman ketika baru-baru menyertai kumpulan pelawak, Senario.

“Masa saya mula-mula masuk pun, pelawak ni macam accesories je. Tempelan. Kalau ada konsert menyanyi 2 jam, komedi 20 minit.

Kredit: Instagram/@malamjumaat

“So, sekarang komedi 2 jam, menyanyi 20 minit. I was the first comedian lah kot yang break the ice untuk memenangi that category for ABPBH artis paling popular. Sebab selalunya yang dominan penyanyi atau pelakon, pelawak no way because gap dia terlalu jauh,” kata seorang pelawak lagenda Malaysia, Saiful Apek.

Saiful Apek yang dijemput sebagai tetamu undangan dalam Podcast Malam Jumaat yang dihoskan oleh Fify Azmi dan Hydar Hasnudin di saluran Youtube, Onzz yang berlangsung pada hari Khamis, 9 malam.

Pelawak lagenda ini menceritakan pengalamannya yang mendapat 2 beg guni yang berisi surat ketika baru beberapa bulan bersama dengan kumpulan Senario ketika itu.
Namun, tidak menyangka dengan apa yang berlaku dan berasa sedikit terkejut selepas dia membaca satu persatu surat yang dikirimkan kepadanya.

“Tapi, bila saya buka surat tu semua like ‘blah lah kau’ all haters because you don’t belong to Senario.

Selepas beberapa bulan, dia memberitahu bahawa dirinya pernah menghantar surat berhenti kepada bosnya. Tetapi, tidak diterima oleh bosnya malah mengatakan beri sedikit waktu bagi dirinya itu diterima.

“Selepas 3 bulan saya jumpa bos ni surat saya nak berhenti.

“Lepas 4 ke 5 bulan kami dimaklumkan ada 2 rombongan bas dari Johor dan Kedah sampai dan mengharapkan kami dapat meluangkan masa bersama mereka,” katanya.

Tapi apa yang lebih mengejutkan ketika itu mereka memohon maaf kepada Saiful sendiri dan mengatakan dirinya kini telah diterima memasuki kumpulan tersebut.

“The moment was like to good to believe lah, that turning point tu was so drastic and dramatic as well. Itulah yang motivate diri saya,” ujarnya lagi.
Dia yang juga turut menceritakan kerjayanya sebelum memasuki kumpulan tersebut dalam rancangan tersebut.

Kalau nak tahu lagi kisah perjalanan Saiful Apek, jom saksikan Podcast Malam Jumaat, hanya di saluran Youtube, Onzz.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.