“Kita Akan Melihat Keadaan”, Nabila Razali Tak Jadi Tarik Diri Dari Separuh Akhir Muzik Muzik 35 ?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini penyanyi Nabila Razali mengejutkan peminat dunia hiburan apabila pengurusnya memaklumkan dia terpaksa menarik diri dari pertandingan separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang sepatutnya berlangsung pada hari Ahad lalu ekoran dari masalah kesihatan.
Pertandingan tersebut bagaimanapun terpaksa ditunda selepas selebrti versatil, Alif Satar yang juga peserta separuh akhir SFMM35 disahkan positif Covid-19.
Terbaru Nabila sekali lagi menjadi tumpuan apabila pengurusnya, Mohd Asrul Abdul Talib memaklumkan yang Nabila kini bersedia untuk menyanyikan sendiri lagunya, Peluang Kedua.
Menerusi laporan Harian Metro, Asru berkata keputusan sebenar bagaimanapun hanya akan dibuat sekiranya tahap kesihatannya pulih sepenuhnya sewaktu tarikh program tersebut dilangsungkan nanti.
“Kita akan melihat keadaan kesihatannya pada masa itu. Jika pulih sepenuhnya, besar kemungkinan Nabila akan buat persembahan itu.
“Sejak awal lagi, dia mahu menyanyikan sendiri lagu itu, tapi masalah kesihatannya yang agak serius membuatkan pengurusan ambil keputusan itu,” katanya tanpa menjelaskan apakah masalah kesihatan yang sedang dialami Nabila.
Jelas Asrul lagi, jika diambil dari sudut positif, penangguhan SFMM35 itu kembali memberi peluang untuk Nabila menyanyikan sendiri lagunya yang dicipta oleh Hael Husaini dan MFMF itu
“Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Sekarang, doakan saja kesihatan Nabila pulih sepenuhnya agar dapat menyanyikan sendiri lagu itu nanti,” katanya.