fbpx
Now Reading
Puteri Aishah Selamat Jalani Pembedahan Jari Kelingking Selepas Terkena Pisau

Puteri Aishah Selamat Jalani Pembedahan Jari Kelingking Selepas Terkena Pisau

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak boleh bayangkan perasaan terkejut bila dengar jari pelakon, Puteri Aishah mengalami luka yang agak serius.

Semasa insiden itu berlaku, pelakon filem Pulang ini dikatakan sedang memotong buah Avocado tiba-tiba potongannya itu terkena pada bahagian tulang jari berkenaan.

Kredit: Instagram/@puteriaishahofficial

“Ketika kejadian, Puteri yang sedang memotong buah Avocado terpotong bahagian jari kelingkingnya sehingga terkena bahagian tulang.

“Kecederaan dialami Puteri Aishah agak serius kerana saraf pada bahagian jari itu terputus serta sangat membimbangkan.

“Mujur ketika kejadian, Puteri Aishah ditemani seorang teman. Jika tidak, tak tahu apa yang bakal terjadi kerana dia mengalami pendarahan yang agak banyak,” kata pengurusnya, Iman Tang.

Kredit: Instagram/@imantang75

Namun, selepas Puteri Aishah dibawa ke sebuah hospital swasta pada petang semalam dimaklumkan terpaksa menjalani pembedahan dengan segera.

Menurut doktor, jika tidak dilakukan pembedahan dengan cepat berkemungkinan pelakon tersebut akan mengalami kecatatan kekal pada jari kelingkingnya.

“Doktor kata kalau tak dibedah, jari Puteri Aishah mungkin tidak akan berfungsi lagi seperti biasa.

“Selepas 2 jam, pembedahan selesai dilakukan dan Puteri Aishah berada dalam keadaan stabil. Cuma sekarang dia masih belum sedar kerana kesan bius,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, dia juga turut memohon orang ramai terutamanya peminat mendoakan kesihatan pelakon tersebut agar kembali pulih.

Kredit: Instagram/@puteriaishahofficial

“Saya belum ada kesempatan untuk melawat Puteri Aishah dan mungkin akan ke hospital esok. Doakan dia sembuh ya.

“Puteri Aishah baru selesai menjalani penggambaran dan disebabkan kemalangan yang berlaku, Puteri Aishah mungkin akan berehat buat seketika,” ujarnya.

Kami di sini mendoakan agar Puteri Aishah supaya cepat sembuh ya! Amin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.