fbpx
Now Reading
“Mereka Banyak Mengajar Saya” – Iqram Dinzly Hargai Pengalaman Lalu Bersama Bekas Kekasih

“Mereka Banyak Mengajar Saya” – Iqram Dinzly Hargai Pengalaman Lalu Bersama Bekas Kekasih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Korang mesti kenal dengan pelakon Iqram Dinzly yang dulunya pernah berlakon dalam drama berjudul, Dunia Baru kan? Mesti korang rindu dekat Iqram Dinzly sebab dah lama tak nampak dia muncul dekat mana-mana saluran di kaca televisyen kan?

Tapi, kali ini dia ada buat comeback dekat satu saluran Youtube ni tau! Siap jadi artis undangan lagi. Siapa sangka pelakon sensasi, Iqram Dinzly ini tampil berkongsikan kisahnya kehidupan peribadinya mengenai bekas kekasih terdahulu.

Iqram yang mesra disapa sebagai Iq ini telah dijemput sebagai artis undangan dalam rancangan temu bual santai, Podcast Malam Jumaat yang dihoskan oleh Fify Azmi serta Hydar Hasnudin dalam saluran Youtube, Onzz.

Yang menariknya dalam satu segmen yang diberi nama ‘Cerita Kelambu’, aktor berusia 39 tahun itu telah berkongsi mengenai kisah cinta masa lalunya .

Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai status dirinya pada masa ini sama ada masih solo ataupun sudah berpunya, Iqram bagaimanapun menjelaskan yang dia begitu menghargai kesemua bekas kekasih masa lalunya.

Menggelarkan mereka dengan panggilan bidadari, jelas menurut Iqram, dia bersyukur kerana mereka semua sudah mengajarnya untuk lebih memahami sifat seseorang yang bergelar wanita.

Kredit: Instagram/@malamjumaat

“Alhamdulillah saya katakan, setiap bidadari yang hadir dalam hidup saya, satu pun saya tak pernah menyesal kerana setiap yang hadir itu adalah guru untuk saya mempelajari sifat sifat wanita.

“(Mereka) semua meninggalkan ilmu yang tinggi dan meninggalkan kesan yang mendalam.. ” kata Iqram.

Malah sebelum itu dia juga turut berterima kasih kepada mereka kerana mampu menjadikan dirinya seperti dirinya kini.

“(Terima kasih) kerana menjadi seorang bidadari yang mampu mengawal kenakalan Almarhum (saya) ni. Sebab kenakalan dia(saya) ni bukan boleh dibaca dengan mata yang kasar, tapi melalui rasa ” katanya merujuk kepada diri sendiri.

Kalau nak tahu lebih banyak lagi apa yang Iqram Dinzly katakan, jom kita tengok video yang dah kami kongsikan dibawah ini. Jangan lupa subscibe dan like supaya tak ketinggalan video-video baru dari Podcast Malam Jumaat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.