fbpx
Now Reading
Siti Nurhaliza Umum Hamil 4 Bulan

Siti Nurhaliza Umum Hamil 4 Bulan

Wah! Siti Aafiyah bakal dapat adik!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi no 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin hari ini mengumumkan berita gembira yang dia kini hamil empat bulan.

Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan gelaran Tokti di laman media sosial miliknya.

Menerusi laporan utusan dia juga dalam masa sama turut membuat demikian sewaktu siaran langsung sidang media pelancaran Beausiti X Wonderlab yang diadakan secara virtual sebentar tadi.

Berita baik tersebut sekali gus menjawab teka-teki peminat beliau yang sebelum ini seolah dapat menerusi penampakan ‘baby bump’ pada beberapa foto penyanyi kesayangan ramai itu.

“Tiada niat untuk berdiam diri, pilih waktu sesuai”

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.

“Anugerah yang sangat berharga kerana sekali lagi hamil”

“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

“Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih” tulik Tokti menerusi ruangan kapsyen.

Beliau dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk mendoakandirinya.

“Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!” tulis Tokti menutup kenyataannya ,

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar Tokti dan kandungannya sentiasa sihat dan diberikan kemudahan dalam menjalani fasa kehamilan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.