fbpx
Now Reading
“Nasi Goreng Kicap Manis!” – Netizen Teruja Dengar Minions Cakap Bahasa Melayu [Video]

“Nasi Goreng Kicap Manis!” – Netizen Teruja Dengar Minions Cakap Bahasa Melayu [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar tahun 2015 lalu, filem animasi Minions yang digilai ramai pernah menjadi sebutan netizen dan peminat filem tempatan serta beberapa negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.

Semuanya kerana ayat ‘terima kasih’ yang digunakan Bob, salah satu karakter utama di dalam filem berkenaan sebaik dikurniakan hadiah berbentuk ‘mahkota’ oleh watak Queen di dalam filem tersebut.

Kali ini Minions yang tampil dengan filem prekuel iaitu Minions: The Rise of Gru, dan dijangka akan berada di pawagam pada 21 Julai 2021 sekali lagi menjadi sebutan oleh peminat filem di Malaysia gara-gara klip trailer mereka.

Nak tahu kenapa tular?

Kerana mereka sekali lagi menggunakan beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu didalam dialog mereka.

“Nasi Goreng kicap manis!”

Jelas menerusi video trailer berdurasi 45 saat itu, minion berkenaan iaitu Bob dilihat menyebut perkataan ‘nasi goreng kicap manis’ dan juga ‘terima kasih’ dalam cubaannya untuk tidur bersama Gru.

Klip berkenaan nyata menarik perhataian ramai dan secara tidak langung membuatkan mereka yang menontonnya berasa teruja.

https://twitter.com/izfn_/status/1333436528228397060?
https://twitter.com/nabilahx_/status/1333458120811560962

Terdahulu filem kolaborasi antara Universal Pictures bersama Illumination Entertainment ini yang sepatutnya menemui peminat pada julai 2020 terpaksa ditunda ke 3 Julai 2021 susulan dari penularan Covid-19

Tonton video dalam bentuk HD di sini :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.