fbpx
Now Reading
Dikritik Netizen Kerana Bunyi Nafas Kuat Semasa Menyanyi, Ini Respon Cliff Umar

Dikritik Netizen Kerana Bunyi Nafas Kuat Semasa Menyanyi, Ini Respon Cliff Umar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi, Cliff Umar baru-baru ini meluahkan apa yang terbuku di hatinya selepas dihujani komen negatif dari beberapa netizen mengenai cara nyanyiannya.

Clif atau nama penuhnya Cliff Umar Joseph turut menjelaskan yang dia merupakan seorang penyanyi rock dan menyanyikan lagu rock, malah dia dari dulu telah dilatih untuk menyanyi dengan gaya sebegitu

Perkara itu dikongsikan Bintang Gegar Vaganza 7 itu menerusi satu posting di laman Facebooknya.

“Saya cari makan pakai bunyi nafas tu”

“Saya tidak perlu memperjelaskan mengenai nyanyian saya kepada sesiapa pun terutamanya soal pernafasan. Saya telah diajar untuk menyanyi seperti itu dan saya pula menyanyikan lagu rock.
 
“Sebenarnya gua perasan korang cakap fasal bunyi nafas ni bila Datuk Syafinaz komen haritu. Sebelum ni tak pernah dengar orang cakap pasal pernafasan penyanyi lain, tiba-tiba semua peka kepada bunyi nafas.

“Saya juga tidak tahu sekiranya itu adalah peraturan untuk tidak mendengar bunyi pernafasan ketika sedang menyanyi. Itu cara nyanyian saya dan saya tidak akan tukar untuk sesiapa.

“Gua cari makan pakai bunyi nafas tu… Gua memang nyanyi macam tu. Ada yang suka dan ada tak suka. Itu preference korang dan boy tak boleh nak puaskan semua…
 
“Saya tidak boleh nak paksa anda untuk mendengar nyanyian” tulisnya lagi.

Hanya penyanyi jalanan

Tambahnya dia adalah seorang penyanyi jalanan dimana dia tidak pernah mempelajari teknik-teknik untuk mengawal pernafasan sebelum ini, malah semuanya diperlajari semasa melakukan persembahan di kelab dan sewaktu merakamkan lagu.

Dia bagaimanapun turut menghormati nasihat yang diberikan oleh Dato Syafinaz yang merupakan juri bagi konsert GV minggu lalu.

Cliff Umar bersama kumpulannya, Projek Pistol

“I’m sorry but it’s just so irritating since that comment, everyone keeps pointing it out…Dato Syafinaz is an educated singer and I totally respect her art.
 
“Saya hanya penyanyi jalanan, tak belajar nye, semua yang gua tahu adalah berdasarkan pengalaman.
 

“Dalam muzik rock tiada istilah jaga bunyi nafas”

“Jauh sekali beza gua dengan Datuk Syafinaz, dia nyanyi opera and music yang mungkin dalam music sebegitu, bunyi pernafasan dititik beratkan.
 
“Tetapi saya menyanyi lagu rock dan dalam muzik rock tak ada istilah penjagaan bunyi nafas… Terima kasih,” tulisnya panjang lebar.

Foto : Cliff Umar | Projek Pistol

Kesal dengan sikap netizen yang merendahkan usaha bintang GV lain

Dalam pada itu, Vokalis kumpulan Projek Pistol itu turut meluahkan rasa kesalnya dengan sikap segelintir netizen yang turut merendah-rendahkan nyanyian beberapa bintang Gegar Vaganza lainnya.

Jelas nya kesemua mereka bertungkus-lumus dalam memberikan persembahan terbaik di konsert mingguan GV.

“Sekali- sekala kena maki balik Haters ni… Gua dah lama diam… Dorang kutuk my Kak Ani, dorang kutuk my Abang Yantzen.

“Dan dorang dok kutuk semua kakak-kakak dan abang-abang saya yang tiap-tiap minggu bertungkus-lumus buat persembahan untuk korang punya hiburan.
 
“Gua dengan dorang tiap-tiap minggu dan gua nampak sendiri macam mana kerja keras semua orang,” tulisnya.

Sebagai rekod Cliff pada konsert lalu telah menyampaikan lagu Pesanan Buat Kekasih dan mendapat jumlah sebanyak 55.70 peratus sekaligus berada pada kedudukan kedua terakhir.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.