fbpx
Now Reading
“Anugerah Antarabangsa Pertama Saya” – Siti Saleha Rangkul Asia Model Awards 2020

“Anugerah Antarabangsa Pertama Saya” – Siti Saleha Rangkul Asia Model Awards 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres cantik, Siti Saleha dinobatkan sebagai pene­rima trofi Asia Model Awards 2020 yang akan berlangsung di Seoul, Korea Selatan esok.

Siti Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha binti Mohd Baharum memenangi anugerah tersebut bersempena Festival Model Asia ke-15 (AMFA) 2020 anjuran Asia Model Festival Organizing Comittee (AMFOC) sebuah agensi di bawah Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan.

Berita gembira tersebut dikongsikan Siti Saleha menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya.

“Kemenangan pertama saya di persada antarabangsa”

“Saya ingin berkongsi berita ini dengan rakyat Malaysia. Terima kasih atas soko­ngan dan kasih sayang tanpa henti anda semua,” kata Siti Saleha menerusi ruangan kapsyen.

Difahamkan majlis tersebut akan berlangsung esok di Korea Selatan namun disebabkan penularan panemik Covid-19, Siti Saleha akan muncul dalam siaran langsung secara maya dari sini.

Malahan trofi yang dimenanginya diterbangkan khas dari negara berkenaan ke Malaysia.

Sebagai rekod, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu baru-baru ini telah memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular ABPBH ke-33 pada bulan November lalu

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.