fbpx
Now Reading
Penyanyi Lagu ‘Cute’, Muat Naik Video Pujuk Kekasih Menangis Buat Ramai Cair

Penyanyi Lagu ‘Cute’, Muat Naik Video Pujuk Kekasih Menangis Buat Ramai Cair

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka bahawa penyanyi lagu Cute ini benar-benar sedang hangat bercinta dengan seorang gadis didalam muzik videonya.

Sebelum ini, Harith Zazman pernah mengakui bahawa lagu tersebut ditujukan khas buat teman wanitanya ketika sedang menjalani perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac yang lalu.

Semalam, Harith yang memuat naik video yang berdurasi 0.55 saat itu memperlihatkan teman wanitanya menitiskan air mata sambil mengetag @leeghksh di ruang kapsyen di laman Twitternya itu.

“Tidak boleh untuk saya balas kesemuanya, Happy Birthday @leeghksh,” tulisnya.

Harith yang juga turut mengeluarkan kata-kata manis itu dilihat cuba menenangkan teman wanitanya selepas dikatakan tidak henti mengalirkan air matanya di pipi.

“Hey, don’t cry! Kenapa? Saya buat awak sedih ke? Awak mungkin tak perlukan ni tapi awak deserve this. Apa la nak bandingkan ni dengan awak yang datang dalam hidup saya?,” katanya di dalam video tersebut.

Malah, video tersebut ternyata mendapat perhatian ramai dengan meluahkan rasa terharu selepas menonton video yang dikongsikan oleh Harith sendiri.

Kredit: Twitter/@harith_zazman
Kredit: Twitter/@harith_zazman
Kredit: Twitter/@harith_zazman

Haa…makin ramai yang jelous pula nanti, mana taknya ramai orang yang single berbanding yang berpunya tengok!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.