fbpx
Now Reading
Selepas Berlakon & Menyanyi, Cik B Kini Cuba Nasib Jadi Pelawak Pula

Selepas Berlakon & Menyanyi, Cik B Kini Cuba Nasib Jadi Pelawak Pula

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida , Cik B dilihat semakin mengorak langkah didalam dunia hiburan tempatan.

Jika dahulu dia memulakan kareernya dengan menjadi pelakon sebelum tampil dengan single pertamanya, Tolonglah kini Cik B bakal mencuba nasibnya pula dalam dunia komedi.

Kumpulan ABC

Difahamkan Cik B bakal bergandingan bersama pelawak dari kumpulan Chilok iaitu Chiwan dan dan Achok bagi membentuk kumpulan baru yang dinamakan ABC bagi menyertai program Muzikal Lawak Superstar (MLS2) yang bakal bermula 18 Disember ini.

Hasil pengamatan kami pemilihan nama ABC seolah mewakili nama mereka bertiga iaitu A untuk Achok, B untuk Cik B manakala C bagi Chiwan.

Menerusi laporan mStar, Cik B memaklumkan dia begitu teruja untuk menyertai MLS kerana ia dapat menonjolkan sisi komedi yang ada dalam dirinya. Malah dia dilihat begitu teruja kerana mendapat sokongan dari Dato Vida sendiri.

“Saya gembira kerana bukan senang untuk masuk ke Muzikal Lawak Superstar ini, lagipun ibu beri galakan dan sokong apa juga keputusan saya.

“Saya sahut cabaran dalam bidang ini dan nak tonjolkan kelainan dengan serlahkan sisi komedi selain menyanyi dalam program ini” kata nya lagi.

CIk B bersama kumpulan ABC di MLS2 Foto : Gempak

Chiwan menerusi satu hantaran di laman Instagramnya turut memaklumkan mengenai gandingan mereka bertiga di MLS 2 itu.

“Bismillah pembuka kata.. Kami kumpulan ABC gabungan baru untuk muzikal lawak superstar musim ke2…

“Doakan kami dapat buat yang terbaik untuk hiburkan anda semua” tulisnya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.