fbpx
Now Reading
Hampir Semua Watak Utama Terdahulu Dijangka Muncul Dalam Spider-Man 3

Hampir Semua Watak Utama Terdahulu Dijangka Muncul Dalam Spider-Man 3

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin jika anda seorang peminat Marvel Cinematic Universe (MCU), antara topik atau tajuk perdebatan yang sentiasa korang dengar pastinya mengenai siapa Spider-Man yang paling menyamai watak sebenar di dalam komik.

Ada yang memilih Spider-Man Tom Holland, ada yang meminati Andrew Garfield dan ada juga yang lebih selesa dengan spider-man pertama iaitu Tobey Maquiere.

Namun tiada yang lebih menggembirakan buat anda semua kerana Spider-Man3 yang bakal ditayangkan pada bulan Disember tahun hadapan akan turut menampilkan kedua-dua Spider-man terdahulu bagi menyertai Tom Holland.

Impian jadi nyata buat peminat Spider-man bukan ?

Foto IG marvelstudios.club

Filem Spider-Man 3 ini bakal memberi anda superhero dari 3 generasi dan universe yang berbeza.

Gabungan kesemua watak utama terdahulu dan kini

Yang lebih menariknya, watak ‘heroin’ iaitu Kirsten Dunst (Mary Jane), Emma Stone (Gwen Stacy), juga dilaporkan akan turut muncul dalam filem terbaharu ini selain watak penjahat iaitu  Alfred Molina (Dr Octopus) dan Jamie Foxx (Electro) juga akan muncul dalam filem ini.

Namnun begitu, Maguire masih lagi dalam proses berunding sebelum mereka dapat mengesahkan sama ada dia akan kembali dalam filem terbitan Sony dan Marvel ini begitu juga Emma Stone yang dikhabarkan sedang mengandung manakala barisan pelakon lain sudahpun mengesahkan pembabitan mereka.

Apa-apa pun sama-sama kita tunggu pengesahan rasmi dari Sony dan Marvel mengenai pembabitan mereka semua ok?


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.