fbpx
Now Reading
“It’s A Boy!” – Tokti Bakal Timang Anak Lelaki, Pilih Nama Bermula Awalan A

“It’s A Boy!” – Tokti Bakal Timang Anak Lelaki, Pilih Nama Bermula Awalan A

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi No 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini telah membuat kejutan kepada peminat apabila mengumumkan yang beliau sedang hamil anak kedua.

Ia sekaligus menamatkan spekulasi orang ramai yang tertanya-tanya selepas baby bump beliau jelas terlihat dalam beberapa foto yang dikongsikannya sebelum-sebelum ini.

Terbaru, penyanyi tersohor negara yang lebih mesra dengan panggilan Tokti ini membuat pengumuman secara rasmi yang beliau bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan pada April tahun depan. 

Perkara itu dikongikan beliau sewaktu bersiaran langsung di Shopee Mamak ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad.

“Memang secara ikhlas dalam hati, kalau dapat sepasang anak memang seronok. Sebab ada girl dan boy… tapi saya sentiasa terima apa saja yang akan lahir nanti,” kata Tokti.

Tokti yang ditemani suaminya, Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa mengumumkan jantina kehamilannya di Shopee Mamak tengahari tadi Foto : Shopee

Menerusi video sama Datuk K turut mendedahkan nama anak lelaki mereka itu akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.

“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun, saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” katanya kepada pengacara tersebut

Tokti yang jelas gembira kemudian dilihat memuat naik klip siaran langsung tersebut di laman instagramnya.

“Alhamdulillah, moga sihat, sempurna dan menjadi anak soleh. Allah kurnia sepasang yang sangat bermakna. Doakan saya sepanjang kehamilan hingga saat melahirkan nanti” tulis Tokti di ruangan kapsyen.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikutnya yang gembira dengan pengumumam tersebut mengucapkan tahniah kepada beliau memandangkan Tokti sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya dan mengimpikan untuk mendapatkan seorang anak lelaki sebagai adik kepada Siti Aafiyah.

Malah ramai yang turut mendoakan kesihatan beliau dan berharap segala urusannya sepanjang kehamilan kedua dipermudahkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.