fbpx
Now Reading
Cliff Umar Dinobatkan Juara GV 7, Bawa Pulang RM 100,000

Cliff Umar Dinobatkan Juara GV 7, Bawa Pulang RM 100,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pertarungan pentas akhir musim ketujuh Gegar Vaganza (GV7) menyaksikan Cliff Umar muncul juara program realiti yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Dengan kemenangan ini Cliff Umar atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph Abdullahberjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100000, pakej percutian Royal Chulan Cherating dan trofi.

Tempat kedua pula, dimenangi oleh Muss yang menerima wang tunai sebanyak RM 50,000 manakala Ayu Damit  di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM30,000.

Tempat keempat pula dimenangi oleh Noraniza Idris yang pulang dengan hadiah wang tunai RM20,000.

Bagi tempat kelima, keenam dan ketujuh pula diraih oleh  Linda Nanuwil, Oja dan Ashira. Mereka bertiga juga tidak pulang kosong apabila masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai dengan Linda mendapat RM15,000, Oja (RM10,000) dan Ashira (RM5,000).

Pentas akhir GV5 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta dua juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat dan rapper Joe Flizzow.

Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV 7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 123).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.