fbpx
Now Reading
Tersasul Cakap Mengenai Pelitup Muka, Cliff Umar Mohon Maaf

Tersasul Cakap Mengenai Pelitup Muka, Cliff Umar Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama penyanyi rock Cliff Umar menjadi sebutan sejak semalam selepas kejayaannya dinobatkan selaku juara Gegar Vaganza musim ke-7.

Namun disebalik kejayaan tersebut, Cliff atau nama penuhnya Abdullah Umar Joseph Abdullah turut menjadi topik hangat susulan ucapan kemenangan yang diberikannya sebaik memenangi pertandingan tersebut dimana dia difahamkan agar kurang selesa mengenakan pelitup muka ketika itu.

Ucapannya itu bagaimanapun telah disalah tafsir oleh segelintir netizen seolah-olah Cliff sengaja memperlekehkan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Enggan memanjangkan cerita, Cliff Umar kemudiannya tampil memberikan penjelasan serta memohon maaf secara terbuka mengenai perkara berkenaan.

Menerusi laporan Gempak, Cliff menjelaskan dia lansung tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak atau memperlekehkan SOP.

Sebaliknya dia pada itu hanya memaksudkan yang pelitup muka itu memberikan ketidak selesaan kepadanya untuk berucap.

“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Bukan maksud saya untuk memperlekehkan atau tidak setuju dengan SOP seperti yang didakwa sesetengah pihak.”

“Tetapi saya merujuk kepada pelitup muka itu mengganggu apabila saya nak bercakap, bukan kerana saya tidak bersetuju dengan SOP atau apa.” 

Saya tidak bermaksuf nak buat mana-mana pihak terasa hati, sekali lagi saya mohon maaf.” katanya lagi.

Terdahulu Cliff yang menjuarai GV 7 membawa pulang RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.