fbpx
Now Reading
“Saya Sudah Tawar Hati” – Nafi Berlaku Curang, Nadia Brian Mohon Suami Cepat Lafaz Cerai

“Saya Sudah Tawar Hati” – Nafi Berlaku Curang, Nadia Brian Mohon Suami Cepat Lafaz Cerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan hari ini hangat memperkatakan mengenai hubungan rumah tangga aktres Nadia Brian bersama suami, Muizz Nasruddin selepas Muizz mendakwa terlihat Nadia curang di hadapan matanya sendiri di sebuah hotel di Cyberjaya.

Menerusi laporan Harian Metro, Muizz yang mengiyakan kenyataan Nadia bahawa dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah menjelaskan dia berbuat demikian kerana tidak mahu bergelar lelaki dayus.

“Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecurangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayus” katanya kepada portal berkenaan.

Meskipun pernah membuat pengakuan sama di laman media sosialnya satu masa dahulu namun pengakuan ahli perniagaan tersebut di hadapan media kali ini nyata mengejutkan orang ramai.

Tidak lama kemudiannya, Nadia pula tampil menafikan sekali lagi segala dakwaan curang tersebut dan memaklumkan yang dia sudah tawar hati dengan karenah Muizz.

Pelakon filem Ratu Kala Jengking itu juga berharap agar suaminya untuk segera melafazkan cerai di mahkamah sekaligus meredakan segala kekusutan ini.

“Saya sudah tawar hati dengannya. Banyak juga kerenah Muizz yang tak dapat saya kongsikan demi menjaga aibnya. Saya harap di mahkamah nanti Muizz akan terus melafazkan cerai

“Saya harap semua ini dapat diselesaikan cepat supaya masing-masing boleh teruskan kehidupan. Tak nak simpan perasaan dendam yang tak habis,” katanya.

Saya tidak curang sepanjang tempoh perkahwinan

Mengulas lanjut mengenai dakwaan suaminya, Nadia berkata yang dia tidak pernah curang terhadap suaminya sepanjang perkahwinan mereka.

“Biar Allah saja tahu perkara yang sebenar. Mengenai curang saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak curang sepanjang tempoh perkahwinan dengan Muizz.”

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.