Now Reading
Gelagat 4 Pelakon Terkenal Dalam Filem Saka Nan Sepi Buat Netizen Terhibur [Video]

Gelagat 4 Pelakon Terkenal Dalam Filem Saka Nan Sepi Buat Netizen Terhibur [Video]

Baru 6 hari bersiaran di Astro First Filem Saka Nan Sepi jelas mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari kalangan penonton.

Malahan, filem tersebut yang mengandingkan keempat-empat barisan pelakon terkenal iaitu Syafiq Kyle, Mimi Lana, Namron dan juga Sherry Al-Hadad itu ternyata membuatkan para penonton yang menonton filem ini tidak kering gusi dibuatnya. Ada saja telatah mereka yang bikin penonton tergelak ketawa.

Kredit: MyInfotaip

Disamping itu, filem arahan Razaisyam Rashid serta Azri Azman ini sangat sesuai ditonton oleh setiap lapisan umur kerana ianya merupakan genre komedi seram dan sangat berbaloi dengan jalan ceritanya yang menarik.

Tak cukup itu sahaja, ada juga yang turut memberikan komen yang positif mengenai filem tersebut di laman Twitter mereka sehingga ada yang memberitahu bahawa sudah menonton beberapa kali dalam tempoh 48 jam setelah pembelian dibuat melalui saluran 480 di Astro First.

Kredit: MyInfotaip

Filem Saka Nan Sepi ini mengisahkan tentang keluarga Othman (yang dibintangi oleh Namron) meluangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) ini dikatakan telah dirasuk oleh ‘entiti’. Mereka terus membawa Rozi untuk berjumpa dengan Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.

Menurut Tok Kassim, saka tersebut tertarik dengan perempuan muda iaitu Rozi dan memilih untuk tinggal bersama keluarga Othman. Setelah pulang ke rumah, Othman, Rozi, Zaiton (Sherry Al-Hadad) termasuklah Sufian (Syafiq Kyle) mula melihat kelibat saka tersebut sehingga membuatkan mereka semua hidup dalam keadaan ketakutan.

See Also

Kredit: Cinema Online

Gara-gara itu menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama-sama tidak kira makan, tidur ataupun melakukan aktiviti. Namun, ketakutan mereka hilang setelah melihat saka tersebut takut dengan kucing dan bersifat lemah lembut serta rajin membantu.

Selepas keluarga Othman dapat menerima saka tersebut dan diberi nama Girlboy ke dalam keluarga mereka, tiba-tiba Tok Kassim datang untuk mencuri Girlboy (Han Zalini).

Kalau nak tahu apa yang keluarga Othman lakukan untuk mendapatkan semula Girlboy tu, jom kita sama-sama saksikan filem tersebut di saluran Astro First tau!

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.