fbpx
Now Reading
Diva AA Luang Masa Lawat & Beri Kata Semangat Kepada Wani Comel

Diva AA Luang Masa Lawat & Beri Kata Semangat Kepada Wani Comel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara.

 


Peminat dunia hiburan pasti tahu konflik membabitkan seorang usahawan kosmetik dan Wani Comel, seorang gadis yang mengalami masalah obesiti.

Kisah tersebut turut mendapat perhatian pengacara sensasi Azwan Ali yang lebih terkenal dengan panggilan Diva AA.

Menerusi Instagramnya, Diva AA telah berkongsi satu video memperlihatkan pertemuan dia bersama gadis berusia 23 tahun itu untuk memberikan kata-kata semangat.

“Awak kena kuat, jangan patah semangat. Kalau adik Wani rasa ada point-point betul pertahankan je,” ujarnya kepada gadis tersebut.

Menurut Diva AA lagi, sekiranya Wani yang berusia 23 tahun ini mempunyai bukti yang kukuh dan tepat seharusnya diperjuangkan dan dipertahankan sehingga ia membuahkan hasil.

Kredit: Instagram/ @divaazwanaavazzztersohor1

Perkongsian video tersebut nyata mendapat komen yang positif daripada pihak netizen dan turut mendoakan agar urusan Wani dipermudahkan. Malah, ada juga yang menyifatkan Diva AA ini adalah seorang yang lemah-lembut ketika berbicara dan ada juga yang mengatakan ia sangat memberikan sokongan kepada Wani Comel

Kredit: Instagram/ @divaazwanaavazzztersohor1
Kredit: Instagram/ @divaazwanaavazzztersohor1

Terdahulu, Wani telah membuat sidang media yang mendakwa dirinya telah ditipu dan dipergunakan usahawan terbabit selepas menjalani pembedahan bariatrik. Malah dia mendakwa telah menandatangani kontrak berat sebelah sebagai duta produk kurus bagi jenama usahawan berkenaan.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.