fbpx
Now Reading
Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik Di Dunia 2020

Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik Di Dunia 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara. 


Aktres dan pengacara terkenal Mira Filzah telah menerima pencalonan sebagai 100 Wanita Tercantik 2020 oleh media bebas antarabangsa, TC Candler.

Yang menariknya Mira merupakan antara figura berhijab yang menerima pencalonan tersebut.

Seorang lagi selebriti berhijab yang turut tercalon adalah influencer media sosial Ihssane Benalluch yang berasal dari Maghribi.

Pencalonan Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman yang dikongsikan TC Candler di laman instagram mereka kemudian mula meraih perhatian netizen.

Posting tersebut setakat ini sudah mendapat 18,000 tanda suka dan 399 komen yang rata-rata nya memberikan sokongan kepada aktres cantik tersebut.

Terdahulu Fattah Amin turut menerima pencalonan bagi kategori 100 Lelaki Paling Kacak 2020 yang juga anjuran TC Candler.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.