fbpx
Now Reading
Zizan Razak Ganti Alif Satar Sebagai Pengacara AME2020

Zizan Razak Ganti Alif Satar Sebagai Pengacara AME2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara. 


Semalam, peminat dunia hiburan dikejutkan dengan keputusan selebriti versatil, Alif Satar untuk menarik diri dari menjadi hos bagi anugerah berprestij, Anugerah Meletop ERA 2020 (AME2020).

Alif yang sepatutnya bergandingan bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse pada 20 Disember ini bagaimanapun terpaksa berbuat demikian kerana kondisinya kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Pihak Meletop dan ERA menerusi satu posting di Instagram mereka kemudian memaklumkan keputusan tersebut pada malam tadi.

“Awal tahun ini, kami telah mengumumkan Alif Satar sebagai pengacara bersama Nabil dan Jihan bagi AME 2020. Susulan berita bahawa Alif positif Covid-19, fokus kami yang utama adalah untuk melihat Alif pulih seperti sedia kala agar dapat kembali ke pangkuan keluarga tercinta dengan segera.

“Walaupun kini Alif telah pulih, kami masih mengambil berat akan tahap kesihatan beliau memandangkan peranan sebagai hos acara siaran langsung memerlukan kerahan tenaga yang banyak dan raptai siang malam, yang sedikit sebanyak akan memberi tekanan fizikal dan mental.

Menerusi posting sama mereka turut memaklumkan sedang berusaha mencari pengganti dalam masa terdekat dan akan mengumumkan hos baru gantian menerusi segmen Johara Pagi Era hari ini.

Perkara sama turut dikongsikan Alif kepada Awani. Menurutnya tugas mengendalikan AME merupakan satu tugas yang menuntut komitmen yang bukan calang-calang selain memerlukan stamina.

Malah menurutnya dua lagi rakan hos  sudah mengambil masa yang lama menjalani latihan, bacaan skrip serta perbincangan dengan pihak produksi tanpa kehadirannya.

“Justeru, Alif harus berlaku adil kepada mereka berdua (Nabil dan Jihan) serta pasukan produksi yang sudah lama bertungkus-lumus menjalani latihan untuk AME, sedangkan Alif tidak dapat menyertai mereka.

“Selepas berfikir sedalam-dalamnya, Alif memaklumkan pada Astro mengenai hasrat untuk tarik diri kerana secara peribadi Alif merasakan masih belum cukup stamina untuk bersama-sama pasukan itu dalam AME,” kata Alif kepada memetil laporan Astro Awani.

Zizan Razak sebagai ganti

Akhirnya pagi ini, teka teki peminat terjawab, apabila pihak AME iaitu MeleTop dan ERA mengumumkan hos ketiga yang menggantikan Alif Satar adalah Zizan Razak .

Pengumuman tersebut nyata menceriakan orang ramai yang sebelum ini masih bersedih dengan pengunduran Alif.

Malah ramai menjangkakan acara tersebut pasti penuh dengan gelak tawa memandangkan ketiga mereka berasal dari industri lawak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.