fbpx
Now Reading
Tahniah! Haqiem Rusli & Siti Nordiana Paling MeleTOP!

Tahniah! Haqiem Rusli & Siti Nordiana Paling MeleTOP!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara. 


Tahniah kami ucapkan kepada Haqiem Rusli dan Siti Nordiana di atas kemenangan masing-masing sebagai Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita pada Anugerah MeleTOP Era (AME2020) yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan kedua mereka untuk membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Mereka berdua juga tulut membolot beberapa kategori lain dimana Haqiem telah dinobatkan Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP manakala, Siti Nordiana menerusi menerusi kategori Duo/Berkumpulan MeleTOP dan Artis Versatil MeleTOP.

Bersiaran secara live dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), AME 2020 yang dihoskan gandingan pengacara tiga popular, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Zizan Razak turut diserikan dengan persembahan oleh artis lama dan baharu seperti Anuar Zain, Misha Omar, K-Clique, Floor88, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Yonnyboii, Dolla, Aina Abdul, Wany Hasrita, Andi Bernadee, Zynakal, Ismail Izzani, dan Shiha Zikir. 

Di bawah adalah senarai penuh pemenang AME2020:

Fesyen MeleTOP: Syafiq Kyle
Artis Baharu MeleTOP: Han Byul
Couple MeleTOP: Hanis Zalikha & Hairul Azreen
Si Cilik MeleTOP: Alisa Aisyah
Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2019
Artis Versatil MeleTOP: Siti Nordiana
Hos MeleTOP: Alif Satar
Drama MeleTOP: Sweet Dream
Pelakon MeleTOP: Ben Amir
Grup/Duo MeleTOP: Siti Nordiana & Khai Bahar
Penyanyi MeleTOP: Haqiem Rusli
Lagu MeleTOP: Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle
Filem MeleTOP: Ejen Ali
Influencer MeleTOP: Syahmi Sazli Production
Top Top Grup/Duo: Khai Bahar & Siti Nordiana
Top Top MeleTOP Lelaki: Haqiem Rusli
Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana
Anugerah Khas MeleTOP: Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah
Anugerah Wira MeleTOP: Ustaz Ebit Lew

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.