![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/12/Kreatif-Lawak-Habis-Iklan-Adabi-Versi-Grup-K-Pop-Stray-Kids-Buat-Netizen-Terhibur-Video.jpg)
Kreatif & Lawak Habis! ‘Iklan’ Adabi Versi Grup K-Pop, Stray Kids Buat Netizen Terhibur [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !
Suatu ketika dahulu, salah satu iklan yang paling dikenali dan diingati rakyat Malaysia pastinya produk rempah ratus Adabi.
Kerap dimainkan pada waktu ‘prime time’, melodi serta lirik lagunya yang catchy membuatkan lagu tema syarikat berkenan mudah di ingati malah boleh dikatakan sentiasa terngiang-ngiang di dalam kepala kita meskipun kini ianya semakin kurang didengari di Televisyen.
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/12/adabi.jpg)
Namun seorang pengguna TikTok @thechubby_gurl seolah memberikan ‘nafas baru’ kepada iklan tersebut apabila dia bertindak menyunting muzik video sebuah kumpulan K-pop, Stray Kids dan menjadikan lagu Adabi sebagai muzik latarnya.
Mengguna tema sama iaitu berkonsepkan makanan, Tiktok Star ini telah menyunting MV Cooking Video kumpulan K-pop di bawah JYP Entertainment ini untuk disesuaikan dengan lagu Adabi.
Dan hasilnya memang KEBABOOM!!! Suntingan berkenaan boleh dikatakan umpama iklan sebenar ADABI yang di promosikan Stray Kids yang turut dikenali sebagai SKZ sehingga menambat hati orang ramai.
Tak percaya? Tengok sendiri di bawah :
@thechubby_gurl leave me alone- #skz #straykids #edit #stay #malaysia #kpop #fypシ #fyp #trend #fypkpop
♬ Adabiiiiii – Skz CEO of Adabi
Video yang menghiburkan itu kemudian mula tular di aplikasi Tiktok sebelum mula merebak ke Twitter.
“It fits so well”
the way it fits so well 😭😭 pic.twitter.com/HhX5hOfMz4
— hanna is jeongin’s gatekeeper (@eternalstateu) December 14, 2020
Ramai netizen di Twitterjaya turut merasakan hasilnya begitu memberangsangkan. Meskipun ia kelihatan lawak dan menghiburkan, ramai yang turut meluahkan rasa kagum di atas usaha Tiktok star berkenaan.
Namun siapa sangka wanita berkenaan juga kemudian tampil di Twitter dan berterima kasih kepada orang ramai yang memuji usahanya.
thx for liking my videoHAHAHAHHAHA( I’m the creator of the video HAHAHAH)
— thechubby_gurl (@AliceYap13) December 16, 2020
Terbukti ramai Malaysia ni ramai yang kreatif-kreatif kan? Hahaha