fbpx

Cantik! Isteri Rody Kristal, Niena Azman Kini Bertudung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Buat mereka yang mengikuti laman Instagram penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan,Niena Azman pasti perasan yang dia baru-baru ini ada berkongsikan beberapa foto sambil mengenakan hijab bukan?

Meskipun tiada pengumuman rasmi, ramai yang memuji isteri kepada pemuzik Rody Kristal itu yang kelihatan anggun dan sopan dengan tudungnya.

Terbaru, Niena atau nama betulnya Nur Izwani Azman akhirnya membuka mulut sendiri memaklumkan yang dia sudah berhijab menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya.

“Bila terdetik nak pakai tudung..”

“Nasib ada adik beradik perempuan yg lain, bila terdetik nak pakai tudung, pertama sekali tanya diorang.. sebab nak minta semua tudung yg diorang tak guna.

“Kita elak pembaziran, sekarang tudung boleh tahan harga dia. Bila kita dapat cari identiti dan yg sesuai baru la kita pulun shopping tak gitu Rody Kristal ?” tulis Niena sebagai kapsyen .

Malah gitari kumupulan Kristal itu juga dilihat memberikan hint yang isterinya kini sudah berhijab menerusi satu hantaran di laman Instagramnya.

“Alhamdulillah.. Moga keluargaku dilindungi Allah”

Perkongsian mereka berdua nyata menarik perhatian pengikut dan orang ramai yang rata-rata menyambut baik penghijrahan Niena malah mendoakan kesejahteraan pasangan ini bersama dua anak mereka Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.

Buat Niena Azman kami doakan agar terus istiqamah!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.