fbpx

Adik Beradik Seolah Beri Bayangan Hubungan Neelofa & PU Riz Sedang Bergolak?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak petang tadi media sosial hangat memperkatakan mengenai status hubungan diantara pengacara Neelofa dan juga pendakwah bebas, PU Riz sehingga ada netizen mendakwa hubungan mereka seolah ‘sudah berakhir’

Semuanya gara-gara status dan IG Story yang dimuat naik adik beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan  seolah memberi bayangan ada sesuatu yang tidak kena di antara pasangan berkenaan.

Malah kesemua foto-foto sewaktu majlis merisik tempoh hari juga sudah tidak lagi kelihatan di ruangan Feed mereka.

Lebih menguatkan spekulasi netizen apabila ibu Neelofa sendiri, Datin Noor Kartini Noor Mohamed turut memuat naik status yang berkisarkan mengenai ‘pemutus tali kekerabatan’ di dalam instagramnya.

Bahkan tinjauan kami beliau juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram PU Rizz.

Menerusi laporan Astro Awani yang memetik sumber, dakwaan atau ‘cakap-cakap’ yang pertunangan antara Neelofa dengan PU Rizz sudah berakhir sukar untuk disahkan buat masa ini.

Ini memandangkan tiada lagi di kalangan keluarga Neelofa yang membuka mulut berhubung isu tersebut.

Namun menurut sumber, perbualan dikalangan ahli keluarga Neelofa seolah memberi petunjuk yang hubungan pasangan berkenaan sudah berakhir.

“Bayangan yang diberikan sepertinya ‘tiada jodoh’ antara Neelofa dan PU Rizz,” kata sumber berkenaan dipetik dari Astro Awani.

Dalam pada itu seorang lagi sumber terdekat turut memaklumkan situasi yangsedang dialami pasangan ini agak rumit untuk dijelaskan kepada peminat.

Dia bagaimanapun meminta orang ramai untuk mendoakan agar pasangan ini didalam keadaan baik-baik sahaja.

“Ini adalah dugaan mereka dalam melalui alam pertunangan. Doakan yang baik-baik buat mereka,” kata sumber itu lagi.

Namun baik Neelofa mahupun PU Riz dilihat masih mengunci mulut berhubung isu ini.

Terdahulu sebaik selesai majlis merisik ada media melaporkan Neelofa dan PU Rizz juga bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.