fbpx
Now Reading
“Kami Dalam Proses Cari Penyelesaian” – Nafi Sudah Berkahwin, Ini Respon Neelofa Mengenai Hubungan Bersama PU Riz

“Kami Dalam Proses Cari Penyelesaian” – Nafi Sudah Berkahwin, Ini Respon Neelofa Mengenai Hubungan Bersama PU Riz

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas timbul pelbagai spekulasi membabitkan hubungan bersama tunangnya, Pencetus Ummah PU Rizz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, Neelofa akhirnya tampil menjawab segala andaian orang ramai.

Menerusi satu kenyataan media, Neelofa yang memilih untuk tidak bercakap banyak mengenai status hubungannya bersama PU Riz bagaimanapun menjelaskan yang dia belum berkahwin seperti yang tular di media sosial.

Sedang dalam proses berbincang

Mengulas lebih lanjut mengenai situasi semasa hubungan mereka, Neelofa memaklumkan keluarganya dan keluarga penceramah tersebut sedang dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan isu yang sedang timbul.

Menurut Neelofa dia lebih selesa perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-kedua pihak memandangkan dia dan PU Riz belum mempunyai apa-apa kaitan.

“Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.

“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya dan keluarga kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

“Bagi saya adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak” jelasnya lagi.

Nafi terkena buatan minyak pengasih & pindah wang ke PU Riz

Dalam pada itu Neelofa turut menafikan andaian dan dakwaan palsu dan karut yang kononnya dia digunakan oleh penceramah tersebut.

Malah Neelofa menyifatkan segala tuduhan tersebut adalah berat dan tidak berasas.

Mengulas mengenai isu minyak pengasih, Neelofa menjelaskan ia adalah tidak benar sama sekali .Malah dia juga menafikan yang dia ada memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada PU Riz.

“Cerita (minyak pengasih) adalah tidak benar sama sekali. Sejujurnya, ia satu tuduhan yang amat berat. Alhamdulillah seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik.

“Saya menyangkal tuduhan tersebut(pindah wang ke PU Riz) dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali” kata Neelofa lagi menerusi kenyataan sama.

Pengacara dan usahawan terkenal itu dalam masa sama turut memohon maaf kepada keluarganya dan keluarga PU Riz atas apa yang berlaku.

Neelofa dalam masa sama turut tampil menjelaskan perkara berkenaan menerusi satu perkongsian live di laman instagramnya .

“Saya perlukan doa anda buat saya”

Terdahulu, media sosial hangat memperkatakan mengenai status hubungan di antara Neelofa dan PU Riz yang dikatakan berada dalam situasi yang tidak baik.

Semuanya difahamkan selepas penularan screenshot IG Story adik beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan  seolah memberi bayangan ada sesuatu yang tidak kena di antara pasangan berkenaan.

Malah foto merisik PU Riz dan Neelofa yang sebelum ini dikongsikan mereka juga sudah dipadamkan daripada Instagram.

Namun beberapa sumber Astro Awani yang dekat dengan keluarga Neelofa pula menjelaskan bahawa masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa hubungan Neelofa dengan PU Riz sudah berakhir.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.