fbpx
Now Reading
Konon Dah Bernikah & Terkena Minyak Pengasih, PA Neelofa Kini Cari Penyebar Fitnah

Konon Dah Bernikah & Terkena Minyak Pengasih, PA Neelofa Kini Cari Penyebar Fitnah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Sejak beberapa hari ini media sosial begitu hangat memperkatakan mengenai hubungan antara pengacara Neelofa dan pendakwah bebas PU Riz selepas tularnya status dan IG Story yang dimuat naik adik beradik Neelofa.

Lebih memburukkan keadaan apabila muncul pula tuduhan berat oleh seorang netizen yang kononnya Neelofa telah terkena minyak pengasih PU Riz selain digunakan penceramah tersebut dari sudut kewangan.

Malah dia yang mendakwa mengetahui semua info tersebut dari seseorang yang ‘hampir’ dengan Neelofa turut mendakwa yang Neelofa juga sudah bernikah secara senyap-senyap menerusi satu paparan tangkap layar yang disertakan bersama.

Tuduhan tersebut kemudian mula tular sehingga mencalarkan reputasi PU Riz dan Neelofa serta keluarga mereka sehinga memaksa usahawan tersebut untuk tampil menafikan segala dakwaan berkenaan menerusi satu kenyataan media dan secara langsung di IG Story.

Tolong saya cari gadis ini

Terbaru malam tadi seorang wanita bernama Nadiah Khairuddin yang dipercayai PA kepada Neelofa telah tampil memohon orang ramai untuk membantunya mencari individu yang menyebarkan segala tuduhan tersebut.

Menerusi perkongsian di Twitter dan IG Storynya, Nadiah turut memuat naik foto wanita tersebut untuk memudahkan orang ramai menjejaki keberadaannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.