
Status ‘Single’ PU Azman Habis Tahun Ini Buat Ramai Terhibur
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!
Mereka yang berstatus single pasti memasang impian untuk menamatkan zaman solonya dengan mendirikan rumah tangga, lebih-lebih lagi dengan pilihan hati kita betul tak?
Meskipun penularan wabak Covid-19 ini bagaikan tiada penghujungnya, namun masih ada segelintir yang menggunakan kesempatan ini untuk mengadakan majlis perkahwinan sempena hujung bulan.
Begitu juga dengan pendakwah selebriti terkenal iaitu PU Azman yang tak kurang hebatnya juga apabila dikatakan mahu menamatkan zaman solonya pada tahun ini. Wah! betul ke ni?

Tamatkan zaman solo untuk sesi 2020
Sebenarnya tak pun.. Sebaliknya PU Azman atau lebih mesra dengan panggilan Cik Man yang berkongsi foto sewaktu mengunjungi majlis perkahwinan seorang rakan baiknya secara berseloroh menyatakan yang dia akan menamatkan zaman solonya.. namun untuk Sesi 2020.
“My best friend. Kawin member satu batch. Tahniah Apis dan Atiqah. Aku hanya memegang bunga.
“Untuk cik man pulak, next week cik man akan akhiri zaman single sesi 2020. Dan akan bersambung ke 2021,” tulisnya dengan nada bergurau di ruangan kapsyen tersebut
Ternyata perkongsiannya itu membuatkan ramai yang terhibur dengan caption yang ditulis sendiri oleh Cik Man itu.
Rata-rata ramai yang mendoakan agar Cik Man bertemu jodoh yang yang baik pada tahun hadapan dan dapat menamatkan zaman bujangnya itu sekaligus. Malah, ada juga yang percaya bahawa dia benar-benar menamatkan zaman ‘bujang’ pada tahun ini menerusi ruangan komen, tetapi itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.


