fbpx
Now Reading
Neelofa Selebriti Paling Trending di Twitter Malaysia Untuk 2020, Tinggalkan Arian Grande & Bieber

Neelofa Selebriti Paling Trending di Twitter Malaysia Untuk 2020, Tinggalkan Arian Grande & Bieber

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Nampaknya tahun 2020 sudah hampir tiba ke penghujungnya. Kita kini hanya tinggal baki berapa hari sahaja lagi untuk menginjak ke tahun baru.

Sudah pasti banyak kisah suka, duka yang korang lalui dan harungi sepanjang 2020 ini, namun sapa seperti tahun sebelum-sebelumnya tutup buku yang lama dan tumpukan pada permulaan baru.

Sebagai penutup tirai 2020, laman sosial Twitter telah menyenaraikan statistik 10 selebriti yang paling trending dan hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia buat sepanjang tahun.

Yang menariknya pengacara dan usahawan, Neelofa telah dinobatkan sebagai selebriti paling trending bagi sepanjang 2020 dan berjaya mengalahkan ramai lagi nama besar dari kalangan selebriti antarabangsa seperti Justin Bieber dan Ariana Grande.

Yuna Zarai juga tidak kurang hebatnya dengan kedudukan di no 4 manakala tempat kedua dan ketiga adalah milik pelakon India T Vijay dan pelakon Thailand Mew Suppasit.

#Covid19 paling banyak digunakan 2020

Selain itu Twitter turut mengeluarkan senarai 10 hashtag # paling popular di negara kita bagi sepanjang tahun 2020 dengan #covid19 paling banyak diperkatakan diikuti #dudukrumah dan #kitajaga kita.

BTS pula mendahului senarai bagi grup K-pop paling trending di Malaysia mengalahan pencabar lain seperti EXO dan Seventeen. Malah mereka juga jauh meninggalkan Blackpink di tempat ke 6

Keputusan ini difahamkan diambil menerusi sistem kiraan platform media sosial itu sendiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.