fbpx
Now Reading
Kongsi Video Di IG, Sweet Qismina Terkejut Ruangan Komen ‘Diserang’ Netizen Negara Jiran

Kongsi Video Di IG, Sweet Qismina Terkejut Ruangan Komen ‘Diserang’ Netizen Negara Jiran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres comel, Sweet Qismina baru-baru ini telah memuat naik satu paparan tangkap layar yang memperlihatkan komen-komen negatif dari netizen yang berbentuk hinaan terhadap Malaysia di ruangan komen miliknya.

Dia yang ternyata bingung dengan serangan tersebut kemudian mengajukan pertanyaan adakah terdapat salah faham diantara negara kita dengan negara jiran Indonesia sehingga akaun instagramnya diserang sebegitu rupa.

“Kita tengah ada isu dengan negara jiran ke sekarang? Kenapa mereka meninggalkan komen kata-kata kesat dekat video saya? (Macam) ada yang tidak kena, ada masalah ke? ” tanya Qismina di ruangan kapsyen

Posting tersebut kemudian mula meraih perhatian netizen Malaysia sehingga mendapat 22,000 tanda suka.

Netizen luar ‘backup’

Meskipun tiada sesiapa yang tahu kenapa ruangan komennya diserang sebegitu rupa, namun ramai yang beranggapan ianya sebagai tanda protes netizen seberang gara-gara penularan video berbaur hinaan terhadap lagu kebangsaan mereka, Indonesia Raya yang sedang hangat diperkatakan.

Malah kami sendiri merasakan perkara sama kerana ada di kalangan netizen seberang yang turut dilihat bertindak ‘membackup’ Qismina dengan memuat naik komen menyebut perkataan ‘saluran ‘Youtube’

“Yang berkelakuan goblok (bod*oh) satu channel Youtube, yang kena imbas
semua Malaysia. Mantap. ” tulis netizen seberang tersebut seolah meninggatkan netizen lainnya untuk tidak membabitkan orang lain dengan insiden yang terjadi.

Buang posting demi jaga sensitiviti

Sweet Qismina bagaimanapun dilihat memadam posting tersebut berkemungkinan untuk menjaga sensitivi dan mengelakkan lebih banyak lagi salah faham di kalangan netizen dua negara.

Mungkin dia sudahpun mendapat jawannya di sana dan sudahpun menyedari apa yang terjadi di antara dua negara bukan?

Apa-apa pun kami berharap isu ini tidak lagi diperpanjangkan. Diharap netizen dua negara kemballi bertenang dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Kita kan serumpun? Bersaudara..

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.