fbpx
Now Reading
Mata Terkena Infection, Ramai Doakan Sarah Suhairi Kembali Pulih

Mata Terkena Infection, Ramai Doakan Sarah Suhairi Kembali Pulih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Umumnya, nama penyanyi Sarah Suhairi sememangnya dikenali kerana bakat nyanyiannya itu. Si pemilik suara lunak ini pernah merangkul gelaran juara bagi satu program realiti Big Stage pada tahun 2018.

Sejak daripada itu, Sarah berjaya menempa namanya dalam industri hiburan Malaysia. Namun, baru-baru ini penyanyi berkenaan telah pun memuat naik satu video boomerang di laman Instagram miliknya.

Kredit: Instagram/ @sarahsuhairi

Video tersebut memperlihatkan mata kirinya ditutupi dengan kain putih yang ditampal dengan menggunakan sellotape berwarna putih di mukanya.

Difahamkan, dia ketika itu baru sahaja lepas menjalani proses rawatan untuk matanya di sebuah hospital swasta yang terletak di Rawang, Selangor.

Mirip lanun

Meskipun keadaannya tidak berapa sihat, namun dia menguatkan diri dengan berkongsikan momen tersebut sebelum menjelang Tahun Baru 2021.

“I’m a pirate now. Happy new year and take care everyone,” tulisnya di ruangan kapsyen tersebut.

Kredit: Instagram/ @sarahsuhairi

Malah, dia turut memuat naik sekeping gambar yang bertulis ‘Bismillahirrahmanirrahim, hopefully everything goes well’ di Instastory miliknya sebelum menjalani pembedahan matanya yang dikatakan terkena jangkitan kuman.

Bahkan, Sarah juga dilihat membalas pertanyaan dari rakan artis dan juga pengikutnya yang bertanyakan tentang matanya itu. Pada masa yang sama, ramai yang mendoakan kesihatannya dan berharap agar dia kembali pulih seperti biasa.

Kredit: Instagram/ @sarahsuhairi
Kredit: Instagram/ @sarahsuhairi
Kredit: Instagram/ @sarahsuhairi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.