fbpx
Now Reading
Sajat Mengaku Buat Pembedahan Jantina? Dakwa Berdepan Diskriminasi

Sajat Mengaku Buat Pembedahan Jantina? Dakwa Berdepan Diskriminasi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan isu politik & Covid-19 hangat diperkatakan sejak minggu lalu. Namun disebalik isu-isu hangat tersebut, video usahawan ‘Nur Sajat’ yang digari dan menangis teresak-esak turut hangat diperkatakan di media sosial.

Terbaru selepas beberapa hari mendiamkan diri, Sajat akhirnya tampil menerusi beberapa klip video di IG TVmenceritakan mengenai insiden tersebut dari pihaknya.

Sajat menerusi video tersebut menjelaskan kisah yang terjadi dan kenapa dia digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu.

Dakwa Sajat atau nama betulnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman , dia telah menerima layanan yang tidak sepatutnya oleh pihak JAIS walhal dia sudah memberikan kerjasasama sewaktu dipanggil untuk siasatan.

Siasatan kerana berpakaian wanita pada pada satu majlis doa selamat di Shah Alam pada Ogos 2018

Menurut video tersebut, siasatan tersebut dilakukan susulan dari satu laporan yang diterima JAIS pada 23 Ogos 2018, kerana berpakaian wanita sewaktu menganjurkan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.

“Terlebih dahulu.. saya menceritakan apa yang berlaku pada diri saya (dalam video ini).. walaupun banyak cerita tak benar keluar dari media sosial,cerita bukan dari sumber yang sahih.

“Saya mengeluarkan video ini (demi) menceritakan kejadian saya pada 6/1/2021 pada hari Rabu.

“Laporan report pada tahun 23/2/2018 pada masa itu saya ada membuat majlis doa selamat dan bacaan yassin bersama budak2 tahfiz di wisma saya Seksyen 16 Shah Alam.

“Saya pendekkan cerita,saya dilayan tidak wajar,walaupun saya datang memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS ..hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu Bahru.

“Sepatut nya surat jamin yang dikeluarkan pihak mahkamah itu dilengah-lengahkan oleh mahkamah syariah , saya digari, dikasari dengan kata2 dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa.

“Tangan2 dan badan2 saya bengkak, kerana pergelutan saya ketika saya mempertahankan diri tidak di gari..Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia yang lain juga. Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana kesan daripada kejadian ini mengganggu perniagaan saya dan mental saya.

“Banyak wartawan dan pihak2 tertentu cuba menghubungi saya melalui call, message whatsapp untuk mendapatkan pernyataan daripada saya. Tetapi saya mendiamkan diri terlebih dahulu untuk menerangkan kejadian sebenar yang alami sendiri” kata Sajat lagi.

Beri bayangan buat pembedahan jantina di IG Story

Menerusi laporan Gempak, Sajat turut mengejutkan orang ramai apabila dia seolah mengakui telah membuat pembedahan jastina menerusi beberapa perkongsian di ruangan IG Story.

Dia juga dilihat seolah meluahkan rasa tidak puas hati dan kesalnya dengan diksriminasi yang dihadapi golongan sepertinya.

Akhirnya ‘Nur Sajat’ Mengaku Buat Pembedahan Jantina, Tertekan Didiskriminasi? | Gempak

Menerusi perkongsian sama, usahawan itu juga turut mempersoalkan mengapa kebaikan dalam agama berpandukan kepada pakaian semata-mata?

Dia juga jelas kelihatan tertekan apabila menyatakan Islam berat buat dirinya dan bertanya kepada pengikut samada dia patut keluar dari agama.

Dijengah ke runagan komen, meskipun ada yang bersimpati padanya namun majoriti dilihat bersetuju usahawan tersebut dikenakan siasatan kerana dia telah melanggar etika pemakaian lelaki.

Malah ramai yang menyokong tindakan Jais menyiasat Sajat kerana menyifatkan siasatan tersebut dilakukan kerana pakaian Sajat sewaktu majlis tersebut dan bukannya disiasat kerana mengadakan majlis doa selamat.

Bukan masalah majlis tapi etika pemakaian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.