fbpx
Now Reading
“Beberapa Aduan Diterima Mengenai Perlakuan Beliau” – JAIS Sahkan Sedang Siasat Sajat

“Beberapa Aduan Diterima Mengenai Perlakuan Beliau” – JAIS Sahkan Sedang Siasat Sajat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru tular video dan pendedahan usahawan kosmetik, Sajat yang mendakwa dia berdepan diskriminasi sewaktu sedang disiasat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Sajat yang dalam masa sama seolah memberi bayangan bahawa dia memang ada membuat pembedahanan jantina turut mendakwa berdepan layan tidak wajar selain ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu sewaktu hadir membantu siasatan pada 6 Januari lalu.

Malah Sajat turut mendakwa pihak JAIS telah menyebabkan kecederaan kepadanya sewaktu bergelut untuk mempertahan diri selain sengaja melengah-lengahkan urusan surat jaminan.

Baca artikel berkaitan : Sajat Mengaku Buat Pembedahan Jantina? Dakwa Berdepan Diskriminasi

Terbaru, JAIS mengesahkan pihak mereka ketika ini sedang menyiasat Sajat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

JAIS menerusi kenyataan yang dikeluarkan Unit Korporat turut menjelaskan siasatan yang dilakukan terhadap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, ekoran dari laporan dan aduan yang diterima mereka mengenai kelakuaan usahawan tersebut pada 2018 dan 2020.

“Untuk makluman kes Sajjad disiasat oleh JAIS mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No. 5 Tahun 1995 berikutn tindakannya di dalam negeri Selangor dan beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuan beliau pada 2018 dan 2020” katanya.

Ambil maklum video tular

Menerusi kenyataan sama, pihaknya turut mengambil maklum berhubung video tular membabitkan Sajat dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, yang dikongsikan dan ditularkan usahawan berkenaan di media sosial.

“Sajad sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu.

“Pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.