fbpx
Now Reading
Dipersenda Di Twitter Apabila Wajah Dibanding Dengan Kavita Sidhu, Ini Respon Norlia Ghani

Dipersenda Di Twitter Apabila Wajah Dibanding Dengan Kavita Sidhu, Ini Respon Norlia Ghani

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Peminat dunia hiburan pasti cukup familiar dengan nama Norlia Ghani, pelakon veteran yang begitu hebat lakonannya di kaca TV.

Namun nama beliau yang begitu terkenal sebagai watak Joyah dalam drama bersiri Opah terbitan 1980-an  mula trending di Twitter sejak semalam selapas seorang netizen seolah menyindir Norlia sewaktu sedang bercerita mengenai kecantikan aktres dan model terkenal , Kavita Kaur Sidhu.

Menerusi satu ciapan yang sudah pun dipadamkan, individu terbabit mempersenda mereka diluar sana yang masih muda berusia 30 tahun tapi tidak secantik Kavita Sidu yang sudah berusia 49 tahun sebaliknya kelihatan berumur seperti Norlia Ghani yang kini sudah mencecah usia 72.

Ciapan tersebut yang kelihatan seolah mahu mempersenda mereka-mereka yang tidak kelihatan seanggun Kavita itu kemudian mula tular sehingga menjadi trending di Twitter.

Jelas ianya mendapat reaksi negatif dari majoriti pengguna Twitter, antaranya Juhair Rosli yang mendakwa dia merupakan anak buah Norlia.

Dia bekerja keras di usia sebegitu

Anda tak tahu apa yang orang tempuhi

Siapa sangka perkara tersebut turut sampai kepada pengetahuan pelakon veteran tersebut kemudiannya.

Menerusi laporan BH, Norlia yang mengakui terkejut dirinya trending di Twitter.

Mama tak ambil serius atau ambil ‘pot’

“Cucu Mama menunjukkan paparan skrin dan akaun Twitter menyebut nama Mama yang trending hari ini.

“Tidak sangka, selama ini hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial.

“Sekarang Mama pula jadi perhatian. Namun, Mama tidak ambil serius atau ambil ‘pot’. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita kita fikirkan ketika berdepan pandemik COVID-19.

Tambah Norlia lagi dia juga tidak terkesan sebaliknya tahu ada yang mempertahankan beliau memandangkan statusnya sebagai artis senior.

“Tak jadi kudis pun… Mama tahu ada yang mempertahankan Mama sebagai artis senior,” katanya kepada BH Online lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.