fbpx
Now Reading
Mahu Rehat Dari Dunia Hiburan & Fokus Pada Perniagaan, Shuib ‘Lepaskan’ Sepahtu

Mahu Rehat Dari Dunia Hiburan & Fokus Pada Perniagaan, Shuib ‘Lepaskan’ Sepahtu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Siapa sangka, selepas membuat keputusan mengundurkan diri dari menjadi penyampai radio di Hot FM, Shuib sekali lagi mengejutkan peminat dunia hiburan apabila dia memutuskan mahu berehat seketika dari dunia seni.

Malah lebih mengejutkan apabila dia cuba merancang berehat sebentar dari sebarang penglibatan bersama kumpulan Sepahtu.

Jelas Shuib, dia kini mahu memberikan 100% fokus kepada perniagaannya yang semakin berkembang maju.

Foto : Awani

“Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk komitmen dengan kumpulan Sepahtu sekali.

“Keputusan yang saya buat bukan disebabkan kontroversi yang melibatkan diri saya sepanjang tahun lalu,” katanya dipetik dari mStar Online.

Dia yang bakal bersiaran buat kali terakhir di Geng Pagi Hot pada jumaat ini bagaimanapun mengakui sukar untuk membuat keputusan berkenaan memandangkan jadualnya agak ketat sekaligus menyukarkan dia menumpukan perhatian pada perniagaannya.

“Sukar sebenarnya untuk saya lepaskan kerja di sini tapi ia agak susah untuk saya fokus pada bisnes pula.

“Sebab kita tahulah kerja penyampai segmen pagi, seawal 4 pagi dah bangun dan kadang-kala sampai petang masih berada di stesen radio.

“Bila saya buat pengumuman nak berhenti, baru saya tahu ramai juga yang suka dengar coloteh saya di Hot FM,” kata Shuib lagi kepada mStar.

Foto : Awani

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.