fbpx
Now Reading
Rapper Korea, Iron Ditemui Mati Dengan Badan Berlumuran Darah

Rapper Korea, Iron Ditemui Mati Dengan Badan Berlumuran Darah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum pun reda dengan kematian mengejut aktres Song Yoo Jung yang dipercayai mati kerana membunuh diri pada Sabtu lalu, industri hiburan Korea Selatan hari ini dikejutkan dengan kematian rapper terkenal, Iron.

Namun kematian Iron atau nama betulnya Chung Heon-chul lebih menimbulkan tanda tanya dikalangan penggiat seni dan peminat di sana selepas dia ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

Menerusi laporan Soompi yang memetik pasukan polis,  Iron ditemui di hadapan apartmentnya di wilayah Jung, Seoul dalam keadaan terbaring, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah awal pagi tadi oleh pengawal keselamatan di apartmentnya.

“Kami mendapat panggilan dari pengawal keselamatan (rumah) tentang penemuan mayat Iron tersebut. Dia patut ibawa ke hospital dengan segera, namun ajal telah menjemputnya dahulu.

“Buat masa ini, sama ada dia membunuh diri atau tidak, belum dapat diketahui lagi. Kami akan menyiasat punca kematiannya,” kata jurucakap Balai Polis Jungbu, Seoul.

Iron mula menempa nama dalam industri hiburan Korea Selatan selepas bergelar naib juara dalam rancangan realiti Show Me The Money 3 pada 2014 lalu.

Dia bagaimanapun kerap terpalit dengan pelbagai kontroversi antaranya kes menyerang remaja bawah umur yang juga rakan sebilik dan belajar muzik bersamanya. Dia fahamkan telah memukul remaja tersebut dengan kayu besbol berulang-ulang kali.

Selain itu, Iron juga pernah didakwa kerana mencederakan bekas kekasihnya beberapa kali pada tahun 2016 selain berdepan tuduhan salah guna ganja pada tahun 2014.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.