fbpx
Now Reading
Shuk Sahar Digantung Tugas Sebagai Penyampai Radio Hot FM

Shuk Sahar Digantung Tugas Sebagai Penyampai Radio Hot FM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Selepas berdepan kontroversi membabitkan rumah tangganya, pelawak dan pengacara, Shuk Sahar telah digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Memetik laporan Harian Metro, pihak pengurusan stesen radio Hot FM menerusi satu sidang media mengesahkan, perkhidmatan Shuk digantung serta merta.

Menurut mereka, penggantungan sementara tersebut bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan Hot FM untuk melakukan siasatan dalaman mengenai isu yang sedang tular di media sosial.

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.

Terdahulu, isu kemelut rumah tangga Shuk sekali lagi hangat diperkatakan selepas isterinya , Rossalenna Natassyiah Asshaferah mendedahkan Shuk telah curang sekali lagi.

Dia bukan sahaja tidak pulang ke rumah malah berada di rumah wanita tersebut yang sebelum ini pernah dikaitkan dengannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.