fbpx
Now Reading
“Ada Ke Surah Al-Quran Kata Baju Kurung Milik Wanita?” – Sajat Minta Pihak Berwajib Ulas Isu Baju Kurung

“Ada Ke Surah Al-Quran Kata Baju Kurung Milik Wanita?” – Sajat Minta Pihak Berwajib Ulas Isu Baju Kurung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Peminat dunia hiburan pasti tahu yang usahawan kosmetik Nur Sajat baru-baru ini telah ditahan dan disiasat ekoran beberapa laporan yang diterima Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dia kemudiannya pada 6 Januari telah didakwa atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita, seperti yang disahkan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Seolah tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Sajat atau nama betulnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mula ‘memberontak’ dan menggunakan akaun Instagramnya untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya khususnya kebebasan hak asasi manusia.

Terbaru Sajat dikatakan memuat naik satu posting jika ada mana-mana surah dalam Al-Quran yang menyebut baju kurung hanya boleh digunakan oleh wanita.

“Buat kebaikan pada agama, terus kata kita salah pakai perempuan. Ada ke mana-mana surah al- Quran mengatakan baju kurung ini milik wanita??

“Saya pakai tutup aurat.. cuba bagi tahu mana surah mengatakan yang baju kurung itu milik wanita,” katanya.

Malah dia dengan lantangnya meminta pihak berwajib untuk menjawab dan memberi penerangan mengenai topik tersebut memandangkan padanya tiada langung tertulis di dalam kitab suci itu yang baju kurung hanya untuk kaum wanita.

“Yang saya tahu wanita harus menutup aurat nya.. tak ada pun element tentang fashion dalam surah…

“Selanjutnya boleh minta berwajib ulaskan..kecoh sangat bila bagi sedekah pakai baju kurung semua nampak salah ” kata Sajat lagi.

Menerusi posting sama, usahawan itu turut membanding mengenai isu daging hala yang sedang hangat diperkatakan ketika inii yang menurutnya adalah lebih teruk dari apa yang dilakukannya.

“Korang tu pi masukkan daging lembu tanpa tahu status halal atau haram mcm mana? Berzaman-zaman kami makan benda tak tahu statusnya!! Sebab apa? Korang fikir sendiri! Korang jangan judge orang, korang yang berserban pun kuat meliwat orang kat madrasah…tu lagi HARAM,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.