Sanggup Tolak Tawaran Hollywood Kerana Ada Aksi Keterlaluan, Nadia Brian Raih Pujian Ramai

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Tidak dapat dinafikan mereka yang bergelar penggiat seni terutamanya pelakon pasti mengimpikan untuk meluaskan sayap dan bakat mereka hingga ke peringkat antarabangsa khususnya ke Hollywood.

Berpeluang berada satu dengan pelakon hebat dari sana pasti menjadi impian ramai pelakon kita.

Namun aktres Nadia Brian mencuri tumpulan apabila dia dilaporan menolak tawaran berlakon di Hollywood untuk drama bersiri sebanyak 12 episod.

Menerusi laporan The Star, Nadia terpaksa menolaknya kerana drama tersebut memerlukan dirinya untuk tidak memakai baju; satu perkara yang bertentangan dengan pendirian dan peribadinya.

Dia yang pada mulanya gembira dengan tawaran berkenaan bagaimanapun bertukar hampa selepas membaca skrip tersebut dan mendapat tahu yang dia terpaksa melakukan beberapa babak panas.

“Ia lebih dari adegan bercium. Mungkin adegan berbogel di Hollywood bukan satu perkara besar tetapi saya tidak mampu melakukannya. 

“Saya mungkin berpakaian seksi tapi saya takkan tanggalkan pakaian saya di set untuk melakukan adegan panas untuk satu platform ‘streaming’ di Hollywood,” katanya kepada The Star.

Jelasnya lagi dia juga terpaksa menolak tawaran berkenaan memandangkan budaya kita tidak sama dengan mereka disana dikhuatiri mampu mencalar imejnya sebagai wanita muslim.

Saya akui, semua pelakon memiliki impian untuk berlakon di Hollywood. Tapi kita Melayu dan Muslim, budaya kita tak sama dengan di Hollywood,” jelasnya lagi.

Perkara sama turut dikongsikan Nadia di laman IG Storynya.

Takpe I percaya dengan Rezeki Allah

Menerusi status tersebut Nadia turut mengingatkan orang ramai untuk tidak memperlekehkan kualiti pelakon tempatan kerana ramai pelakon tempatan terpaksa menolak tawaran berlakon di luar kerana banyak faktor.

Nadia turut memuat naik posting di IG nya mengenai perihal sama dan menyatakan : “Impian seorang pelakon nak sampai ke pentas Hollywood. Tapi takpa, Nadia percaya dengan rezeki lain Allah nak bagi”

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Nadia yang sanggup mempertahankan pendiriannya dengan menolak peluang yang sudah terbuka luas.

Respect

Rezeki Allah sangat luas..

Keputusan yang tepat

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

21 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

21 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

21 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

22 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

23 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

24 hours ago