“Alhamdulillah..Aku Dah Cerai, Best Day Of My Life” – Zarina Anjoulie
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Baru sahaja 6 bulan mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu, pelakon Zarina Anjoulie hari ini mengejutkan orang ramai apabila memaklumkan yang dia sudah bercerai.
Menerusi satu perkongsian di akaun instagramnya itu, Zarina menyatakan hari ini adalah hari paling bahagia dalam hidupnya dengan mendakwa dia sudah pun berpisah dengan suaminya Eilyas Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Yas.
“Alhamdulillah, Aku dah cerai, best day of my life. Alhamdulillah terima kasih Yas” tulis nya di Instagram.
Perkongsian ini sememangnya mengejutkan ramai pihak kerana hubungan pasangan ini sebelum ini dilihat sangat baik, malah usia perkahwinan mereka juga terlalu ‘muda’ tidak sampai setahun bersama.
Dari pemerhatian kami, kali terakhir Anju memuat naik foto bersama suaminya adalah pada disember yang lalu sewaktu mereka sedang makan tengahari bersama rakan di sebuah restoran.
Apa-apa pun sama-sama kita tunggukan penjelasan lanjut mengenai perkara iini oleh Zarina sendiri.